Tuesday, November 20, 2007



Ini adalah kesan-kesan pecah masuk rumah di Blok D. Pemilik rumah telah membuat laporan polis. Saya berharap agar penduduk mengambil inisiatif tambahan dalam langkah keselamatan.

Antara langkah-langkah keselamatan adalah seperti berikut:

  1. Meninggalkan nombor yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan kepada ajk surau seperti yang di catatkan.
  2. Membuat laporan polis dan salinan repot perlu diberi kepada ajk surau untuk tindakan pemantauan.
  3. Tukar kunci tombol untuk pintu luar. Ini kerana kunci pendua telah pun dipegang oleh pihak pemaju. Kebanyakkan kes pecah rumah kerana kunci tombol yang disediakan adalah berkualiti rendah. Jenis kunci Dead Bolt adalah digalakkan.
  4. Membuat lebih daripada satu kunci untuk gril yang dipasang di pintu utama.
  5. Tidak meninggalkan barangan berharga di dalam rumah.
  6. Tidak meninggalkan kunci pendua di dalam rumah.
  7. Memasang alatan penetap masa (timer) untuk memasang lampu di waktu malam.
  8. Tidak menulis alamat rumah pada kunci-kunci rumah.

2 comments:

mazlan tahir said...

TAHNIAH. En Hambali, atas daya usaha mewujudkan website untuk Apt Buginvilla. Mudah-mudahan ruang ini boleh memberikan menafaat kepada seluruh penduduk Apt Buginvilla, dalam banyak hal.Saya bukan nak beri komen tapi, satu saranan: KEPADA SELURUH PENDUDUK APT BUGINVILLA MARILAH KITA SAMA-SAMA BERKERJASAMA DAN BERUSAHA DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN DAN BERSATU PADU BAGI MEMBENTERAS ANASIR-ANASIR YANG TIDAK SIHAT YANG TELAH ATAU YANG AKAN MENDATANG DALAM KAWASAN APT KITA.KERJASAMA TUAN-TUAN AMAT-AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENJADIKAN TEMPAT TINGGAL KITA BERADA DALAM KEADAAN YANG SELAMAT DAN SEJAHTERA, SEPERTI SLOGAN " RUMAH KU SYURGA KU" Insyallah kita bersatu Allah akan membantu. Tahniah sekali lagi kepada En Hambali atas daya usaha beliau ini.(Mazlan Tahir. Pengerusi Surau As-Salam Apt Buginvilla)

BUGINVILLA said...

Terima kasih atas komen yang diberikan. Insya ALLAH saya akan laksanakan segala ikhtiar untuk memperbaiki keadaan.