Friday, November 23, 2007

Surau As Salaam akan mengadakan Qurban sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 20hb Disember 2007. Qurban yang akan diadakan dengan penyembelihan seekor lembu. Majlis akan diadakan selepas sembahyang sunat hari raya yang juga diadakan di Surau As Salaam. Saya mewakili ajk Surau As Salaam menjemput tuan-tuan supaya dapat hadir sama-sama bersembahyang sunat dan bergotong royong melapah daging dan seterusnya membahagi kepada fakir miskin dan sesiapa yang layak menerimanya.

Surau juga akan mengadakan Aqiqah lembu kepada penduduk yang berhajat. Ada 2 bahagian lagi yang masih kosong. Setiap bahagian berharga RM350.00. Sesiap yang berhajat bolehlah berjumpa dengan En Razid, bendahari surau.

No comments: