Saturday, December 29, 2007

Berikut senarai unit yang belum lagi memulangkan borang bancian. Saya berharap agar borang ini dapat dikembalikan secepat mungkin kepada Pn Maziah C-LG-5 atau En Hawari D-3-9.

A-1-2
A-1-3A
A-1-7
A-3-1
A-3-2
A-3-9
A-4-11
B-1-3A
B-2-3
B-2-3A
B-3-3A
B-3-8
B-4-3A
C-1-1
C-1-10
C-1-12
C-1-7
C-1-8
C-2-1
C-2-12
C-2-6
C-2-9
C-3-1
C-3-2
C-3-6
D-1-1
D-1-10
D-11-5
D-3-2
D-4-10
D-4-13
D-5-11
D-5-6
D-5-8
D-7-8
D-9-3
D-9-5
D-G-10

Friday, December 28, 2007

Surau memerlukan sumbangan kewangan yang berterusan. Pada cadangan awal, saya telah mengemukan idea tentang wakaf surau. Untuk menjalankan wakaf ini, surau perlu mendapat hak milik dari pemaju terlebih dahulu sebelum membuka wakaf kepada orang ramai. Jika ini berjaya dilaksanakan barulah wakaf ini boleh dilaksanakan.

Sumbangan yang ada sekarang adalah lebih kepada perbelanjaan bulanan. Jadi dengan wakaf yang akan ditetapkan kelak, sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan yang lebih besar lagi.

Thursday, December 27, 2007



Kecurian penutup longkang besi pada 23hb Disember 2007 berlaku lagi. Sebanyak 15 keping penutup longkang besi telah didapati hilang. kejadian ini berlaku di tepi blok C di kedua-dua longkang besar.
Mengapa perlu mengemaskini akaun penyelenggaraan? Penduduk hendaklah selalu mengemaskini akaun penyelenggaraan kerana dengan cara ini kita dapat memantau baki tunggakan, pembayaran dan caj-caj lain yang perlu dibayar.

Saya selalu menganggar semua jumlah dan mengemaskini dengan menelefon pejabat pengurusan 0360285133 dan bercakap dengan staf bahagian akaun untuk mengemaskini akaun.

Monday, December 24, 2007



Syukur ke hadrat Illahi kerana pada 20hb Disember 2007, penduduk Buginvilla selamat meraikan Hari Raya Aidil Adha. Pada tahun ini sebanyak 2 ekor lembu berjaya disembelih dan disedekahkan kepada penduduk Buginvilla. Majlis yang bermula dengan sembahyang sunat pada jam 8.00 pagi dan seterusnya pada jam 9.00 pagi bermula acara Qurban.

Manakala daging Aqiqah seterusnya dimasak dan disedekah kepada rumah anak yatim Anak Kesayanganku di Jalan Anggerik 4A, Bukit Beruntung.


Kelihatan di gambar sebelah tukang masak, En Hawari dan kumpulannya sedang sibuk menyiapkan masakan.








Wednesday, December 19, 2007



Kempen mengenai hak-hak dan tanggung jawab penduduk sedang bermula. Peranan media massa amat diperlukan dalam menjayakan kempen ini.

Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh penduduk adalah berpunca dari kurang kefahaman tentang hak-hak mereka justeru penduduk berasa kurang bertanggung jawab dalam menguruskan hak-hak mereka.

Pihak SYABAS telah memainkan peranan penting dalam kempen ini dengan mengedar risalah kepada penduduk tentang akaun bil air dan migrasi meter air.









Berikutan dengan kejadian pencerobohan terhadap rumah-rumah kosong di Buginvilla penduduk telahpun membuat satu laporan polis.







  1. Saya merayu supaya penduduk yang tinggal di luar kawasan Buginvilla supaya mengambil langkah-langkah seperti berikut:



  2. Memastikan pintu luar dipasang dengan gril keselamatan.



  3. Meninggalkan nombor yang boleh dihubungi kepada jiran terdekat atau kepada ajk yang terlibat. (Nama dan alamat ajk seperti yang telah ditulis sebelum ini)






Tuesday, December 18, 2007

Penubuhan sektor Rukun Tetangga kawasan Buginvilla akan menjadi impian dengan taklimat yang akan diberikan oleh En Basri, pegawai Jab Perpatuan Daerah Kuala Kubu pada 23hb Disember 2007, jam 9.00 malam. Menurut beliau banyak kelebihan yang boleh didapati dari program Rukun Tetangga ini.

Saya menjemput semua penduduk datang ke surau pada masa yang ditetapkan seperti di atas, mendengar taklimat dan seterusnya menubuhkan jawatan kuasa sementara untuk tujuan penubuhan sektor Rukun Tetangga.
Melalui Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, En Ismail Md Nor, saya bersama dengan En Hawari dan Tn Hj Mohammad Ramli telah menerima borang-borang migrasi meter air.

Migrasi meter air adalah salah satu daripada keputusan yang telah dicapai pada majlis dialog yang telah diadakan baru-baru ini. Penduduk boleh mendapatkan borang tersebut dari En Hawari di alamat D-3-11. Borang tersebut hendaklah dipulangkan semula kepada beliau selewat-lewatnya pada 20 hb januari 2008 berserta RM1.00 sebagai sumbangan untuk potokopi dan binding.

Kerjasama penduduk adalah sangat diharapkan untuk menjayakan migrasi meter air ini.
Surau As Salaam akan mengadakan majlis Qurban dan Aqiqah pada 20hb Disember 2007. Majlis yang akan bermula selepas solat sunat Aidil Adha pada jam 9.30 pagi. Sebanyak 2 ekor lembu akan disembelihkan yang terdiri daripada perkongsian bahagian-bahagian oleh penduduk. Setiap ekor lembu mempunyai 7 bahagian yang dikongsi bersama. Setiap bahagian berharga RM350.00 yang dibayar secara ansuran.

Ini adalah kali ke 2 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2006. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pihak Surau As salaam berharap agar majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Monday, December 17, 2007


Majlis dialog yang diadakan pada 15hb Disember 2007 telah berjaya merumuskan beberapa penyelesaian. Antara penyelesaian yang dapat dicapai adalah :



  1. Im Global akan memohon dana daripada pemaju, Medan Prestasi untuk menyediakan pengawal keselamatan.

  2. Melantik satu jawatan kuasa yang terdiri daripada kalangan penduduk untuk bersama menjalankan tugas.

  3. Menuntut dari insuran untuk kerja-kerja pembaikan kabel dan kebakaran di blok C dan D.

  4. Permohonan migrasi meter air akan diusahakan oleh pemaju.










Friday, December 14, 2007


Pemberitahuan mengenai dialog yang di siarkan melalui akhbar SINAR oleh Cik Mazidah Hashim.

Thursday, December 13, 2007


Persediaan untuk majlis dialog pada 15hb Disember 2007 dan majlis Qurban pada 20hb Disember 2007 sedang giat dijalankan. Adalah diharapkan agar semua penduduk dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Banner ini adalah sumbangan En Riduan.

Tuesday, December 11, 2007

Mesyuarat ajk surau untuk majlis dialog dan Qurban akan diadakan di Surau As Salaam pada 11 hb Disember 2007, jam 9malam.

Monday, December 10, 2007


Penduduk Buginvilla dengan sukarela telah memulakan kawalan pada waktu malam secara bergilir-gilir. Kawalan malam yang dijalankan lebih kepada defensif dan diketuai oleh En Zainal yang juga bekas tentera. Khidmat nasihat beliau amat berguna dalam skop kawalan yang dipraktik pada setiap malam.

Sekiranya penduduk mendengar bunyi wisel bertalu-talu, adalah diharapkan agar berkumpur di ruang legar lif di blok C dan D manakala blok A dan B tempat berkumpul adalah di depan surau.

Thursday, December 6, 2007

Jenaka Penduduk Buginvilla.( Melawak Tanpa Ada Niat Di Sebaliknya)

25 sebab suami 'tekanan mental'!!*

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."
Kalau Samy Vellu Jadi Angkasawan

The great Samy Vellu announced today: "Saya syukur angkasawan kita telah meninggal dunia 10 hari, kini selamat dikebumi"

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."

Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana ?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......

Wednesday, December 5, 2007



Pelan cara tindakan yang dicadangkan oleh En Sabri Musa.


Se petang di Buginvilla

terasa bagai mimpi indah

mahu rasanya terbang mendakap awan

terasa indah

namun kita harus peka

keadaan mendatang

adakah awan masih di sana

tanya diri kita..........



Sebagai alat pra amaran kecemasan yang praktikal, wisel merupakan alat yang terbaik. Alat ini berharga RM1.50 dan digunakan sewaktu kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan lain-lain. Wisel patut dimiliki oleh setiap penduduk sebagai langkah awal pencegahan.

Tuesday, December 4, 2007





Surau akan mengadakan majlis dialog bersama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor, Medan Prestasi SB (Pemaju), SYABAS, TNB, IM Global Property Consultants (Pengurus Harta) dan penduduk pada 15hb Disember 2007, jam 2 petang di Dewan Kelab Buginvilla.


Surau amat mengharapkan sokongan dari penduduk untuk menjayakan majlis dialog ini sebagai salah satu kempen mengenai "Hak-Hak dan Tanggung jawab Sebagai Penduduk Buginvilla".


Penduduk bolehlah mengutarakan pelbagai persoalan mengenai isu-isu yang berkenaan dengan Buginvilla.


Saya juga mengharapkan agar sumbangan tenaga, wang ringgit dapat diadakan dalam majlis ini untuk tabungan surau.


Penduduk juga dinasihatkan supaya mempunyai hemah yang tinggi dalam memastikan dialog ini memberi manafaat kepada semua orang. Etika yang baik adalah mendengar dengan teliti sebelum membuat keputusan.


Antara isu-isu yang dijangka akan di utarakan adalah seperti lampiran di sebelah.

Monday, December 3, 2007




Ini adalah kesan
-kesan tinggalan selaput kabel yang dijumpai di dalam rumah kosong yang dicuri dari sesalur elektrik. Pihak pengurus telah diberitahu tentang kejadian ini pada 28hb November 2007.
Cadangan dari En Rizal tentang rumah-rumah yang tak terjual. Beliau mencadangkan kepada pemaju (Medan Prestasi) supaya memberikan senarai rumah yang tak terjual ini kepada ajk surau untuk tujuan:
  1. pemantauan keselamatan
  2. promosi kepada kenalan masyarakat setempat

Cadangan ini perlu diperhalusi dengan mendalam kerana ianya membawa kepada menarik lebih ramai penduduk yang akan membeli dan tinggal di kawasan Buginvilla. Di samping itu penyelenggaran yang berterusan terhadap rumah-rumah yang tak terjual haruslah dilakukan sekarang kerana kebanyakkan rumah tak terjual ini telah dirosakkan oleh individu yang tak bertanggung jawab.

Cadangan daripada En Hawari dan Tn Hj Ramli untuk menubuhkan sub sektor rukun tetangga untuk tempoh terdekat ini adalah amat dialu-alukan. Buginvilla akan mempunyai pos pengawal sendiri. Tn Hj Ramli akan menyusulkan perkara ini dengan nazir masjid Kenangan, En Yusof.

Pada kesempatan ini juga saya merayu kepada penduduk Buginvilla bersama mendaftar sebagai sukarelawan Rukun Tetangga.

Saturday, December 1, 2007


Pada 30hb November 2007, jam 6.00 petang, penduduk telah mendapat maklumat tentang 2 orang yang disyaki melakukan kejadian jenayah telah masuk ke kawasan Buginvilla. Hasil dari kerjasama penduduk, orang yang disyaki telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Penduduk Buginvilla semakin pro aktif dalam menjaga kawasan Buginvilla. Inilah semangat yang perlu disemai sepanjang masa.









Pada 29hb November 2007, selepas Maghrib, Suaru As Salaam telah mengadakan majlis bacaan Yasin, sembahyang sunat Taubat dan sunat Hajat yang di Imamkan oleh En Azmi Omar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghindar segala musibah yang menimpa penduduk Buginvilla dan memupuk ukhwah di kalangan penduduk. Seramai 50 orang telah hadir untuk menunaikan hajat ini. Majlis di akhiri dengan jamuan ringkas.

Friday, November 30, 2007

Berhubung dengan dialog yang telah saya cadangkan terdahulu pada pendapat saya, 15hb dis 2007 sabtu, jam 2 petang hingga jam 5 ptg, di dewan Buginvilla. Antara pihak yang perlu dijemput adalah

  1. pemaju, medan prestasi tel 0360281878
  2. pengurus harta, img tel 0360285133
  3. pbt, majlis daerah hulu selangor 0360641331
  4. akhbar sinar, cik mazidah 0196680259
  5. harian metro, boleh dapatkan dari mazlan tahir.

Antara soalan yang memerlukan penjelasan.

  1. penduduk mahukan pelan terperinci bangunan, cth: tangki air,bomba,pendawaian elektrik - pemaju
  2. wajarkah nilai RM80.00 dibayar untuk perkhidmatan sekarang, penduduk mengakses akaun?dimanakah akaun? tidak cukup utk menyediakan perkhidmatan? alasan? - pemaju dan pengurus harta.
  3. apakah itu COB,JMB,JMC dan JMA - mdhs
  4. bayaran tertunggak bil air kpd syabas, bagaimana berpunca? siapa yg harus bertanggung jawab? pemotongan air? ketidak cekapan pengurusan yg menyebabkan pembaziran? - pengurus harta
  5. unit yang dilelong, tidak dijual dibiarkan? - pengurus harta, pemaju
    kecurian? bgmn penyelesaian? - pengurus harta
  6. siapakah yg patut menyediakan semula brg2 yg dicuri? akibat ketidakcekapan pengurusan? - pengurus harta

Apa yang diperlukan untuk majlis dialog?

  1. seorang moderator. perlu berkaliber dlm mengendali mesy. dihormati,
  2. kerusi sebanyak 50 biji
  3. meja untuk panel duduk dihadapan 3 biji
  4. sistem AV pembesar suara
  5. makanan ringan dan minuman
  6. banner di hadapan guard hse
  7. bantuan tenaga untuk mendaftar kedatangan, minit dialog, juru kamera.

    sekian.

Thursday, November 29, 2007

Kedudukan Surau As Salaam seperti yang di tanda oleh En Rizal. Sila layar http://wikimapia.org/5974310//surau_as_salam_buginvilla_apartment untuk mengetahui apa yang ada di sekeliling anda.

Wednesday, November 28, 2007











Kecurian kabel wayar menjadi semakin serius. Kini ianya melibatkan bilik set generator. Penduduk telah melapurkan kepada pengurus harta dan wakil pengurus En Rizal telah datang untuk menyiasat. Kelihatan di dalam gambar En Hawari dan En Nazrul sedang berbincang tentang masalah yang kian meruncing ini.



Kejadian malang telah menimpa Surau As Salaam semula. Pintu setor barangan telah dipecahkan dan barangan di dalamnya telah dicuri. Ini adalah kejadian kecurian yang kedua kalinya dan telah dilapurkan kepada Polis dan pengurus harta.



Majlis kenduri di rumah En Zainal pada 27hb November 2007 yang dihadiri oleh penduduk Buginvilla.

Kelihatan di gambar En Mazlan, En Hawari, En Ariffin,dan En Roslan.

Tuesday, November 27, 2007



En Sabri Musa dan En Jasni sedang berbual di hadapan surau selepas menunaikan sembahyang Isyak. Rutin harian ini dilakukan hampir setiap malam selepas Isyak.

Monday, November 26, 2007

Pada 29hb November 2007, Khamis selepas Maghrib, Surau As Salaam akan mengadakan bacaan Yasin dan solat Hajat. Pihak Surau menjemput seluruh penduduk Buginvilla untuk bersama-sama menyertai bacaan Yasin dan mengimarahkan Surau As Salaam.

Sunday, November 25, 2007

Saya menyeru semua penduduk Buginvilla samada pemilik atau penyewa bersama menyertai dialog yang akan diadakan pada bulan Disember 2007. Tarikh dan masa akan ditetapkan kelak. Dialog ini bakal dihadiri oleh pemaju, pengurus harta dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Pada dialog ini penduduk boleh bersuara mengenai ketidak fahaman berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan unit-unit rumah penduduk.

Dialog yang bertajuk "HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENDUDUK DI BUGINVILLA" akan juga merumuskan ketetapan yang akan diguna pakai pada masa akan datang. Penduduk boleh memberi soalan ini kepada saya atau ajk surau yang lain untuk dirumuskan semula dalam dialog yang dilangsungkan nanti.

Seorang perantara (moderator) akan dilantik untuk melicinkan program ini. Kerjasama penduduk adalah sangat diharapkan untuk sama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam membuat rumusan. Kesejahteraan kehidupan di Buginvilla adalah tanggungjawab semua penduduk.






Pada 24hb November 2007, jam 7.45 malam saya telah menerima satu lagi laporan dari jiran saya En Faizal dari Blok D, tingkat 11 mengenai rumah beliau yang ketiadaan bekalan elektrik.(Gambar disebelah adalah diambil pada 17hb November 2007). Setelah diperiksa gangguan bekalan berpunca dari sesalur bekalan ke rumah beliau dari meter elektrik dicuri. Ini mendatangkan kesusahan yang amat besar bagi dirinya.

Saya menasihati beliau supaya membuat laporan kepada polis dan pengurus harta. Saya juga berharap agar pengurus harta dapat memainkan peranan pro aktif dalam hal kecurian kabel elektrik ini kerana keseluruhan blok D bermula dari tingkat 12 hingga 6 telah kehilangan kabel ini. Belanja untuk mengganti kabel ini adalah mahal berbanding dengan penyediaan pengawal keselamatan seperti yang dicadangkan.

Friday, November 23, 2007





Kerja-kerja pemotongan rumput sedang dijalankan oleh pihak pengurus harta. Persekitaran yang teratur akan menjamin kesejahteraan kehidupan.






Pada hari Khamis 22hb November 2007, saya telah berjumpa dengan Pengurus Harta, En Irwan Shah Manoher di pejabat beliau. Pertemuan telah berlangsung selama 1 jam. Ianya adalah berkisar kepada hal ehwal penduduk Buginvilla. Berikut adalah perkara yang dibincangkan:






  1. Menerima bayaran penyelenggaraan tanpa prajudis. Sebelum ini pihak pengurus harta telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM240.00 (RM80.00 untuk bayaran semasa dan RM160.00 untuk bayaran tunggakan)



  2. Mengkaji semula data kependudukan untuk penduduk yang tinggal di dalam kawasan Buginvilla. Data ini meliputi pemilik dan penyewa.



  3. Bagaimana untuk meningkatkan keselesaan kepada penduduk yang tinggal di dalam kawasan Buginvilla.



  4. Konsep pembelajaran kepada penduduk tentang cara bagaimana untuk mengurus kehidupan di dalam kawasan Buginvilla. Apakah itu Strata Title.Siapa dia Komisiner Bangunan (COB), Pengurus Bangunan (JMB) dan Pengurusan Akaun (MA).



  5. Apakah hak-hak penduduk dan bagaimana keperluan untuk masa hadapan.



Di akhir pertemuan ini beliau akan mengeluarkan notis secara bertulis mengenai bayaran penyelenggaraan dan menunggu jemputan dari penduduk untuk berdialog dan bertanya tentang ketidak fahaman penduduk mengenai sesuatu isu.




Beliau juga akan menerangkan skop-skop kerja yang telah dilakukan dan perancangan beliau mengenai kawasan Buginvilla.






Pihak Surau As Salaam memerlukan sumbangan yang berterusan dari kalangan penduduk untuk meneruskan aktiviti yang dirancangkan. Ajk telah sepakat untuk membuat kutipan dari rumah ke rumah pada setiap hujung bulan sebanyak RM5.00. Penduduk boleh membayar sekaligus selama setahun sebanyak RM60.00.



Selain dari itu Surau As Salaam juga berkehendakkan dana untuk menampung kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf seperti





  1. Penukaran alas carpet baru. Penukaran alas carpet baru dianggarkan berjumlah RM7,700.00 ( 1570 kaki persegi darab dengan kos alas carpet RM5.00 se kaki persegi)


  2. Belian untuk sejadah baru dianggarkan RM600.00


  3. Menukar pintu utama dan belakang kepada jenis kayu solid dianggarkan RM600.00


  4. Membina stor meletakkan barang keperluan surau seperti alatan memasak, kuali dan lain-lain di belakan kawasan surau dianggarkan RM1,500.00


  5. Membuat grill untuk tingkap dan pintu dianggarkan berjumlah RM3,000.00


  6. Membuat kekotak (box up) untuk saluran najis dari tingkat atas dianggarkan RM600.00


  7. Membeli alat siar raya (AV) di dalam dan di luar surau dianggar RM3,500.00


Penaikan taraf ini adalah penting untuk menjamin keselesaan penduduk semasa menunaikan ibadah. Ianya juga selaras dengan aktiviti surau yang mengutamakan penambah baikkan dalam kehidupan.



Sekiranya penduduk ingin menderma keseluruhan atau sebahagian dari keperluan yang dinyatakan, bolehlah berhubung terus dengan En Razid, bendahari surau.



Surau As Salaam akan mengadakan Qurban sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 20hb Disember 2007. Qurban yang akan diadakan dengan penyembelihan seekor lembu. Majlis akan diadakan selepas sembahyang sunat hari raya yang juga diadakan di Surau As Salaam. Saya mewakili ajk Surau As Salaam menjemput tuan-tuan supaya dapat hadir sama-sama bersembahyang sunat dan bergotong royong melapah daging dan seterusnya membahagi kepada fakir miskin dan sesiapa yang layak menerimanya.

Surau juga akan mengadakan Aqiqah lembu kepada penduduk yang berhajat. Ada 2 bahagian lagi yang masih kosong. Setiap bahagian berharga RM350.00. Sesiap yang berhajat bolehlah berjumpa dengan En Razid, bendahari surau.

Thursday, November 22, 2007


Apabila kita memperkatakan tentang keselesaan ianya memberi makna yang berbeza kepada setiap orang. Apabila orang memperkatakan tentang motosikal Harley sebagai yang terbaik ada pula sesetengah orang menganggap motosikal buatan sendiri adalah yang terbaik. Tentunya pakar-pakar Harley mengatakan sebaliknya.
Apabila saya mengatakan tinggal di Buginvilla adalah paling selesa tiada siapa pun dapat menyangkal dakwaan ini. Saya bangga tinggal di sini. Jadi walau apa pun cabaran yang mendatang di sinilah tempat saya menanti. Apa perlu saya malu dengan tempat saya. Pokok persoalan adalah diri saya sendiri. Dengan izin ALLAH saya akan cuba mengubahnya menjadi yang terbaik dan selesa.



Pada bancian yang


telah dijalankan pada 21hb November 2007, kesemua penduduk Buginvilla yang tinggal di dalam kawasan adalah berjumlah 77 buah rumah. Ini adalah berdasarkan kepada edaran borang-borang yang dilakukan oleh pihak surau. Saya berharap agar borang-borang ini dapat diisi dan dipulangkan semula kepada wakil-wakil surau yang dilantik iaitu En Hawari dan Pn Maziah.


Saya amat bergantung kepada data-data kependudukan ini supaya perancangan yang lebih teliti yang melibatkan penduduk dapat dijalankan dengan lebih tersusun. Keseluruhan perancangan ini akan melibatkan setiap aspek kehidupan dan setiap golongan samada kanak-kanak dan dewasa.


Perancangan ini lebih merupakan cara bagaimana untuk menjadikan Buginvilla sebagai tempat yang ideal untuk diduduki. Walau bagaimana pun perancangan ini akan melibatkan sokongan dari setiap penduduk dan saya amat berharap akan sokongan ini.



Pada 21hb November 2007, satu lagi kecurian yang membabitkan penutup longkang besi di laluan utama di tepi surau telah berlaku. Pihak pengurus harta telah diberitahu pada jam 5.30 petang.

Saya telah memeberitahu perkara ini bermula sejak ketiadaan pengawal keselamatan. Kebanyakkan penduduk merasa terancam dengan kejadian kecurian yang sering berlaku pada waktu siang apabila masing-masing berada di tempat kerja.

Saya berharap sebagai langkah jangka pendek, pihak pengurus harta perlu mepateri (welding) kesemua penutup longkang besi ini. Jika tidak mungkin kesemua penutup longkang ini akan hilang dan membahayakan penduduk terutamanya kanak-kanak dan pengguna kenderaan.

Jika penduduk lain mengesyaki sesiapa yang mencurigakan berada di dalam kawasan Buginvilla mereka hendaklah segera memberitahu nama-nama ajk surau seperti yang diberikan pada muka surat sebelum ini.

TAHNIAH diucapkan kepada En Mazlan Tahir, Pengerusi Surau As Salaam kerana isteri beliau Pn Umi Kalsom telah selamat melahirkan seorang putera pada 22hb November 2007, jam 6.45 pagi di HUKM, Cheras. Semoga dengan kehadiran putera baru akan menyerikan lagi suasana keceriaan hidup beliau. Saya mendoakan agar putera beliau ini akan menjadi insan muslim yang saleh.

Tuesday, November 20, 2007

Q: I own a unit in a condo/subdivided building where many of it's owners are refusing to pay for the maintenance because the property is not properly maintain. What can I do to ensure that the condo is better maintained & managed?A: Check out the following links on the Building & Common Property (Maintenance & Management) Act that is in operation from 12 April 2007. The developer has 12 months from that date to call for the first meeting to form the Joint Management Body. This is good for apartments like yours where strata titles are not issued yet.
Collection of news article on Building & Common Property, Building Commissioner
Building & Common Property (Maintenance & Management) Act 2007
Maintenance of a building (Part I) - 01/06/2007 The Sun LAW & REALTY By Andrew Wong Fook Hin
Maintenance of a building (Part II) - 08/06/2007 The Sun LAW & REALTY By Andrew Wong Fook Hin
Untuk maklumat lanjut tentang penyelenggaraan bangunan, siapa yang bertanggung jawab, undang-undang dan lain-lain, anda boleh melayar ke http://www.hba.org.my/articles/lawyers/2007/maintenance.htm terdapat artikel yang menarik tentang keperluan seseorang penduduk mengetahui hak-hak individu di dalam penyelengaraan bangunan.
No escaping maintenance charges
15/04/2007 Sunday Times KUALA LUMPUR:

Settle your maintenance charges or risk having your assets sealed. Owners and tenants of units in high-rise buildings such as condominiums, office buildings and shopping centres were given this warning yesterday by the secretary-general of the Ministry of Housing and Local Government, Datuk Ahmad Fuad Ismail.He said the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007, or Act 663, which was enforced yesterday provided for such action."Previously, developers were faced with the problem of buyers or tenants refusing to pay the maintenance charges because there was no law which specified action that could be taken," he said.He said this in a working paper entitled "Implementation of the Building and Common Property (Maintenance and Management) Act 2007 to Tackle the Problems of Maintaining and Managing Buildings and Common properties."
The working paper was tabled at the Conference on Enhancing the Government Delivery System and Services here yesterday.The assets would be sealed if the Commissioner of Buildings (COB) appointed by the state governments gave the permission after receiving an application from the developer of a building, he said. Meanwhile, director-general of the Peninsular Malaysia Town and Country Planning Department, Datuk Mohd Fadzil Mohd Khir, proposed that approval for applications for land development be shortened to four months. "Priority should also be given to high-impact projects such as those involving foreign investors," he said in his working paper entitled "Enhancement of the Delivery System for Procedures and Processes as well as the Implementation of One-Stop-Centre for Development Proposals".He said applications for land development now took about a year to process. — Bernam
Bomba
03-60916564
Balai Polis Bukit Sentosa
03-60282222
Balai Polis Serendah
03-60811222
Balai Polis Rawang
03-60916222
Sekolah (SKBB)
03-60284424
Perubatan
03-60641333
MDHS
03-60641331
Majlis Daerah Hulu Selangor
03-60641331
PUAS
03-61384280
Telekom
03-60917210
TNB
03-60641040
JKR
03-60641333
Hospital K.K.B
03-60281936
SYABAS
03-60919191
Pejabat Daerah Tanah
03-60641026
Klinik Desa Sg.Buaya
03-60926505
Klinik Kesihatan
03-60641222
Ibu Pejabat Polis
03-60282222
Public Bank Berhad
03-60282168
Pejabat Pos
03-60212911
Ekspres Tg.Malim
03-2031 1308
SEMINAR Strata Property ManagementWho’s in Charge?
08th December, 2007 at PWTC, Kuala Lumpur at 2.30pm – 6.30pm


The National House Buyers Association (HBA) is organising a Seminar with speakers, Ms Viola De Cruz and Mr Kuna Sekaran, Advocates & Solicitors, on Saturday, 08 December, 2007 at PWTC, Kuala Lumpur, at 2.30pm – 6.30pm.

Seminar Objectives

This Seminar offers participants an opportunity to better understand the roles of the different bodies – Joint Management Body (JMB), Management Corporation (MC) and Commissioner of Buildings (COB), developers and managing agents in the management of residential strata properties such as condominiums, apartment, flats & townhouses; hear past Court Decisions that relates to the Strata Titles Act, 1985; and highlights of the Building & Common Property (Maintenance and Management) Act, 2007.

PROGRAM

2.00 pm:
Participants registration
2.30 pm:
Introduction & Welcome address By Chang Kim Loong AMN, HBA’s Hon. Secretary-General (Seminar Moderator)
2.45 pm:
“Formation of JMB” under the Building & Common Property (Maintenance & Management) Act, 2007 - ‘Role & Powers of COB” By Viola De Cruz LLB, Barrister-at-Law, Advocates & Solicitors
4.00 pm:
Break
4.30 pm:
“Formation, role & duties of MC, ” under the Strata Titles Act, 1985By Kuna Sekaran LLB, CLP Advocates & Solicitors
5.45 pm:
Questions & Answers
6.30 pm:

End

FEE
RM 175 per person. Register with payments by 4th December 2007 to enjoy a RM25.00 discount

Payment MethodPayment in favour of the ‘National House Buyers Association’ to EON Bank Account Number: 00-301-000-1011-9
Pangsapuri cipta sejarah27/06/2007 Berita Harian Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
Rumah Pangsa Seri Pinang muncul taman perumahan pertama tubuh Badan Pengurusan Bersama di SelangorSERI KEMBANGAN: Pangsapuri Seri Pinang dekat sini menjadi kawasan perumahan pertama di negara ini yang menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) selepas penguatkuasaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) Akta 663, dilaksanakan di seluruh negara 12 April lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahalan, berkata penubuhan JMB itu bukan saja mencipta sejarah tersendiri untuk pangsapuri Seri Pinang dan Selangor malah turut membuktikan keupayaan pemaju melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.“Kita berbangga kerana negeri Selangor menjadi perintis kepada penubuhan JMB ini dan kita yakin pastinya JMB ini akan menjadi contoh kepada negeri lain di seluruh negara yang berhasrat mewujudkan JMB di negeri masing-masing.“Pada masa negeri lain masih kabur mengenai kewujudan JMB ini, kita di sini (Selangor) sudah merealisasikan penubuhan berkenaan,” katanya selepas merasmikan penubuhan JMB dan mesyuarat agung tahunan pertama Pangsapuri Seri Pinang di sini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong dan Pengarah Urusan Pernpark Development Sdn Bhd, Chang Yu Kee.Mohd Mokthar berkata, JMB adalah satu badan yang terdiri daripada pembeli dan pemaju yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menguruskan harta bersama sehingga tiga bulan selepas mesyuarat agung pertama pengurusan bangunan (MC) diadakan.Beliau berkata, JMB akan melantik satu jawatankuasa iaitu, Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) yang terdiri daripada pemaju dan lima sehingga 12 pembeli untuk melaksanakan tugas dan kuasa JMB. Antara tugas dan kuasa utama JMB ialah menetap dan mengutip caj penyelenggaraan, mengurus kumpulan wang penyelenggaraan bangunan dan menguatkuasakan kaedah dalaman.“Ada satu badan yang akan bertindak sebagai memantau pengurusan JMB selepas ini supaya pengurusan baru ini lebih profesional,” katanya. Katanya, menerusi akta 663 itu, pemaju diwajibkan menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh akta itu dikuatkuasakan sekiranya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi ke dalam petak siap dan penyerahan milikan kosong diserahkan kepada pemilik sebelum berkuatkuasanya akta 663.“Tidak lewat daripada 12 bulan daripada tarikh penyerahan milikan kosong bangunan kepada pembeli sekiranya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecahan bahagi ke dalam petak disiapkan pada atau selepas akta 663 berkuatkuasa,” katanya.Beliau berkata, sekiranya gagal berbuat demikian pemaju akan dikenakan denda sebanyak RM20,000 atau penjara tiga bulan dan jika mereka gagal menyerahkan akuan yang sudah diaudit kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) dalam tempoh enam bulan pemaju terbabit akan dikenakan RM100,000 atau penjara tiga bulan.“Pada dasarnya, kita tidak mahu pembeli dianiaya pemaju yang tidak bertanggungjawab dan Akta yang dikuatkuasakan ini akan melindungi mereka daripada terus dianiaya oleh pemaju. Sebelum ini bukan saja pembeli tiada hubungan terus sesama mereka malah nasib mereka juga langsung tidak dipedulikan pihak berkenaan,” katanya.

Ramai yang mengajukan persoalan yang sama kepada saya, perlukah saya membayar wang penyelenggaraan apabila perkhidmatan yang dijanjikan tidak disediakan? Saya menjawab ya, anda perlu membayar. Kita terpaksa membayar untuk penyelenggaraan tempat-tempat awam (common area) seperti :




  1. Lampu-lampu di kawasan awam


  2. Lif


  3. Kolam renang


  4. Gymnasium


  5. Landscaping


  6. Kawalan keselamatan


Untuk menyelenggara bangunan memerlukan perbelanjaan. Penduduk perlu mengeluarkan perbelanjaan ini untuk menyelenggara unit rumah masing-masing.

videoIni adalah sedutan video tentang penangkapan dua suspek yang disyaki memecah masuk ke unit dan dapat ditangkap. Suspek kemudian diserahkan kepada ihak polis untuk siasatan lanjut. Berikut adalah beberapa nasihat dari pihak polis berkaitan dengan kejadian ini.

  1. Kenal pasti suspek, fizikal, tinggi, umur, warna kulit, gaya percakapan.
  2. Masa dan tempat kejadian.
  3. No pendaftaran kenderaan, jenis, warna dan lain-lain.
  4. Bertindak berkumpulan. JANGAN BERSEORANGAN.
  5. Menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat tindakan selanjutnya.


Kelihatan di gambar Imam surau, En Azmi Omar dan Siak En Sabli Abdul Rahman bersama dengan anak angkat masing-masing.

Ini adalah acara pengambilan anak-anak yatim sebagai anak angkat yang telah dijalankan pada tahun 2006 oleh Surau As Salaam. Saya berharap anak-anak yatim akan membesar sempurna dan penuh dengan didikan kasih sayang.


Ini adalah kesan-kesan pecah masuk rumah di Blok D. Pemilik rumah telah membuat laporan polis. Saya berharap agar penduduk mengambil inisiatif tambahan dalam langkah keselamatan.

Antara langkah-langkah keselamatan adalah seperti berikut:

  1. Meninggalkan nombor yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan kepada ajk surau seperti yang di catatkan.
  2. Membuat laporan polis dan salinan repot perlu diberi kepada ajk surau untuk tindakan pemantauan.
  3. Tukar kunci tombol untuk pintu luar. Ini kerana kunci pendua telah pun dipegang oleh pihak pemaju. Kebanyakkan kes pecah rumah kerana kunci tombol yang disediakan adalah berkualiti rendah. Jenis kunci Dead Bolt adalah digalakkan.
  4. Membuat lebih daripada satu kunci untuk gril yang dipasang di pintu utama.
  5. Tidak meninggalkan barangan berharga di dalam rumah.
  6. Tidak meninggalkan kunci pendua di dalam rumah.
  7. Memasang alatan penetap masa (timer) untuk memasang lampu di waktu malam.
  8. Tidak menulis alamat rumah pada kunci-kunci rumah.