Friday, November 23, 2007







Pada hari Khamis 22hb November 2007, saya telah berjumpa dengan Pengurus Harta, En Irwan Shah Manoher di pejabat beliau. Pertemuan telah berlangsung selama 1 jam. Ianya adalah berkisar kepada hal ehwal penduduk Buginvilla. Berikut adalah perkara yang dibincangkan:






  1. Menerima bayaran penyelenggaraan tanpa prajudis. Sebelum ini pihak pengurus harta telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM240.00 (RM80.00 untuk bayaran semasa dan RM160.00 untuk bayaran tunggakan)



  2. Mengkaji semula data kependudukan untuk penduduk yang tinggal di dalam kawasan Buginvilla. Data ini meliputi pemilik dan penyewa.



  3. Bagaimana untuk meningkatkan keselesaan kepada penduduk yang tinggal di dalam kawasan Buginvilla.



  4. Konsep pembelajaran kepada penduduk tentang cara bagaimana untuk mengurus kehidupan di dalam kawasan Buginvilla. Apakah itu Strata Title.Siapa dia Komisiner Bangunan (COB), Pengurus Bangunan (JMB) dan Pengurusan Akaun (MA).



  5. Apakah hak-hak penduduk dan bagaimana keperluan untuk masa hadapan.



Di akhir pertemuan ini beliau akan mengeluarkan notis secara bertulis mengenai bayaran penyelenggaraan dan menunggu jemputan dari penduduk untuk berdialog dan bertanya tentang ketidak fahaman penduduk mengenai sesuatu isu.




Beliau juga akan menerangkan skop-skop kerja yang telah dilakukan dan perancangan beliau mengenai kawasan Buginvilla.

No comments: