Sunday, November 25, 2007







Pada 24hb November 2007, jam 7.45 malam saya telah menerima satu lagi laporan dari jiran saya En Faizal dari Blok D, tingkat 11 mengenai rumah beliau yang ketiadaan bekalan elektrik.(Gambar disebelah adalah diambil pada 17hb November 2007). Setelah diperiksa gangguan bekalan berpunca dari sesalur bekalan ke rumah beliau dari meter elektrik dicuri. Ini mendatangkan kesusahan yang amat besar bagi dirinya.

Saya menasihati beliau supaya membuat laporan kepada polis dan pengurus harta. Saya juga berharap agar pengurus harta dapat memainkan peranan pro aktif dalam hal kecurian kabel elektrik ini kerana keseluruhan blok D bermula dari tingkat 12 hingga 6 telah kehilangan kabel ini. Belanja untuk mengganti kabel ini adalah mahal berbanding dengan penyediaan pengawal keselamatan seperti yang dicadangkan.

2 comments:

Anonymous said...

Nov 26, 2007 - Perkara yg sama terjadi di level 10 block C. Menjadi kemusykilan kerana semua unit telah hilang wayarnya kecuali unit kediaman kami.
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yg datang untuk melihat sendiri dan mengambil inisiatif untuk menyiasat.

BUGINVILLA said...

Setelah banyak peristiwa yang telah terjadi di sini, penduduk telah mengambil langkah pro aktif dalam apa jua keadaan. Adalah diharapkan agar saudara dapat selalu melawat blog untuk mengetahui perkembangan tentang Buginvilla. Tolong sebarkan maklumat ini kepada jiran yang lain.