Thursday, November 22, 2007




Pada bancian yang


telah dijalankan pada 21hb November 2007, kesemua penduduk Buginvilla yang tinggal di dalam kawasan adalah berjumlah 77 buah rumah. Ini adalah berdasarkan kepada edaran borang-borang yang dilakukan oleh pihak surau. Saya berharap agar borang-borang ini dapat diisi dan dipulangkan semula kepada wakil-wakil surau yang dilantik iaitu En Hawari dan Pn Maziah.


Saya amat bergantung kepada data-data kependudukan ini supaya perancangan yang lebih teliti yang melibatkan penduduk dapat dijalankan dengan lebih tersusun. Keseluruhan perancangan ini akan melibatkan setiap aspek kehidupan dan setiap golongan samada kanak-kanak dan dewasa.


Perancangan ini lebih merupakan cara bagaimana untuk menjadikan Buginvilla sebagai tempat yang ideal untuk diduduki. Walau bagaimana pun perancangan ini akan melibatkan sokongan dari setiap penduduk dan saya amat berharap akan sokongan ini.

No comments: