Thursday, February 28, 2008

Visit to Cameron Highland








Jalan-jalan cari makan. Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anak-anak saya cara dan bagaimana teh dihasilkan. Ianya agak menarik untuk dikongsi bersama kerana ianya juga satu proses bermula dari pemetik daun teh, pemeramam, pengeringan, pengasingan dan pembungkusan teh itu sendiri. Saya akan membawa anda semua ke kilang BOH, Cameron Highland.
Berikutan dengan kebenaran yang diberikan oleh IM Global Property Consultants terhadap penggunaan dewan kepada individu tertentu, satu surat penarikan semula kebenaran telah dikeluarkan. Sila berhubung dengan saya jika ada kemusykilan berkenaan dengan perkara ini.

Kesempatan ini saya gunakan untuk memberi peluang kepada penduduk untuk mengundi. Sila klik ruang sebelah untuk memberi undi anda.

Wednesday, February 27, 2008



Selamat datang ke GERAI PAK MAT.
Gerai Pak Mat terletak di depan apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Antara hidangan kegemaran dan istimewa penduduk setempat adalah kue tiew kerang. Aroma masakan beliau sungguh terasa. Dibuka dari jam 4.00 petang hingga ke 1.00 pagi. Tempat bersantai yang selesa kerana untuk minuman belaiu hanya mengenakan bayaran sebanyak RM1.00 sahaja. Jom ke Pak Mat.



Kemudahan awan yang dijadikan sebagai tempat gerakan politik? Apa pandangan anda?

Bahasa mencerminkan bangsa. Jika ayat begini ada di sesuatu tempat, apakah yang terlintas di fikiran anda?

BARU 3 HARI BERMAIN DAH HANDAL. ANDA BAGAIMANA?

Monday, February 18, 2008

Pada 1hb Mac 2008, satu taklimat untuk semua penduduk TBR akan diadakan di hadapan blok A dan B, Apt Buginvilla. Taklimat yang bertajuk JMB dan kesannya terhadap penduduk akan diberikan oleh Pegawai dari Lembaga Perumahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah Hulu Selangor dan pemaju.

Semua penduduk adalah diwajibkan hadir.
Majlis Aqiqah yang dicadangkan pada 24hb Februari 2008 ditangguhkan ke 15hb Mac 2008. Ini adalah kerana hari tersebut merupakan hari penamaan calon untuk pilihanraya 2008. Mohon kemaafan atas penangguhan ini.



Ini adalah satu daripada aktiviti riadah baru yang dianurkan oleh penduduk Buginvilla. Ianya merupakan permainan ping pong. Penduduk meluangkan masa bermain selepas waktu Isyak hingga ke jam 11.00 malam.

Wednesday, February 13, 2008

videoKeenakan menikmati mi kari Pak Mad Kenanga. Memang terasa. Silakan untuk menjamu selera..

Tuesday, February 12, 2008

Perjumpaan dengan Lembaga Perumahan Selangor di Shah Alam dengan wakil dari Apt Cempaka, Cikgu Ismail Md Nor, Teratai, Kenanga dan lain-lain apartmen membuka mata saya untuk memahami situasi mengenai keberkesanan perlaksanaan JMB.

Isu yang dibincangkan adalah
  1. jika kurang dari 70% kependudukan yang mendiami kediaman,
  2. kurang dari 10% dari penduduk yang tidak mempunyai bayaran penyelenggaraan tertunggak dan
  3. tarikh mesyuarat yang dicadangakan adalah pada waktu bekerja.
  4. kebanyakkan penduduk masih tidak faham dengan isu COB,JMB,JMC dll.

Perlu kita semua faham tentang JMB telah dikuatkuasa sebagai akta dan April 2008 adalah tarikh akhir pada MC supaya menghantar akaun yang telah diaudit kepada COB (MDHS). Pihak IM Global sebagai MC sedang menyediakan akauan ini (tidak kepada penduduk lagi).

Pada asasnya akaun ini adalah penting kerana ianya membolehkan penduduk bersuara dalam mesyuarat JMB nanti. Jika 99% tidak boleh bersuara (disebabkan tunggakan bayaran) bagaimana mesyuarat ini akan diadakan? Apakah rasionalnya JMB ditubuhkan jika kesan terhadap penduduk masih sama.

Saya mengharapkan pandangan anda untuk bersama dalam isu ini.

Monday, February 11, 2008

Maklum balas dari pihak IM Global Property Consultants mengenai dialog yang diadakan tempohari.






Suatu hari perjalanan pulang ke kampung sempena cuti tahun baru Cina. Singgah sebentar di Teluk Intan, menjamu selera mi rebus dan rojak Mastan Ghani sambil menikmati pemandangan Menara Condong Teluk Intan dan seterusnya pemandangan di Kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh, Perak.

Tuesday, February 5, 2008




Semua penduduk adalah dijemput hadir untuk menjayakan majlis Aqiqah, bercukur jambul dan berendoi pada 24hb Februari 2008, Ahad jam 1

0.30 pagi. Marilah kita bersama untuk bergotong royong dan menjamu selera hidangan yang disediakan.

Monday, February 4, 2008

Anak Buginvilla tahun 2008. Generasi pemangkin masa hadapan. Generasi ini merupakan amanah yang wajib dijaga


dengan penuh sempurna. Keriangan mereka adalah kejayaan kita bersama.

kempen kebersihan






Kempen kebersihan yang telah dijalankan pada 3hb Februari 2008, Ahad telah berjaya menarik minat semua penduduk. Syukur kerana ini adalah sebahagian dari kempen jangka panjang mengenai perubahan sikap mengenai kebersihan. Sikap ini juga akan dicontohi oleh golongan anak-anak muda yang juga mengambil bahagian dalam kempen ini. Kempen yang akan diadakan pada setiap bulan, Ahad dan minggu yang pertama akan melibatkan segenap penduduk yang tinggal dalam kawasan Buginvilla.