Isu yang dibincangkan adalah
- jika kurang dari 70% kependudukan yang mendiami kediaman,
- kurang dari 10% dari penduduk yang tidak mempunyai bayaran penyelenggaraan tertunggak dan
- tarikh mesyuarat yang dicadangakan adalah pada waktu bekerja.
- kebanyakkan penduduk masih tidak faham dengan isu COB,JMB,JMC dll.
Perlu kita semua faham tentang JMB telah dikuatkuasa sebagai akta dan April 2008 adalah tarikh akhir pada MC supaya menghantar akaun yang telah diaudit kepada COB (MDHS). Pihak IM Global sebagai MC sedang menyediakan akauan ini (tidak kepada penduduk lagi).
Pada asasnya akaun ini adalah penting kerana ianya membolehkan penduduk bersuara dalam mesyuarat JMB nanti. Jika 99% tidak boleh bersuara (disebabkan tunggakan bayaran) bagaimana mesyuarat ini akan diadakan? Apakah rasionalnya JMB ditubuhkan jika kesan terhadap penduduk masih sama.
Saya mengharapkan pandangan anda untuk bersama dalam isu ini.
No comments:
Post a Comment