Saya menyeru semua penduduk Buginvilla samada pemilik atau penyewa bersama menyertai dialog yang akan diadakan pada bulan Disember 2007. Tarikh dan masa akan ditetapkan kelak. Dialog ini bakal dihadiri oleh pemaju, pengurus harta dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Pada dialog ini penduduk boleh bersuara mengenai ketidak fahaman berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan unit-unit rumah penduduk.
Dialog yang bertajuk "HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENDUDUK DI BUGINVILLA" akan juga merumuskan ketetapan yang akan diguna pakai pada masa akan datang. Penduduk boleh memberi soalan ini kepada saya atau ajk surau yang lain untuk dirumuskan semula dalam dialog yang dilangsungkan nanti.
Seorang perantara (moderator) akan dilantik untuk melicinkan program ini. Kerjasama penduduk adalah sangat diharapkan untuk sama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam membuat rumusan. Kesejahteraan kehidupan di Buginvilla adalah tanggungjawab semua penduduk.
No comments:
Post a Comment