Friday, November 23, 2007






Pihak Surau As Salaam memerlukan sumbangan yang berterusan dari kalangan penduduk untuk meneruskan aktiviti yang dirancangkan. Ajk telah sepakat untuk membuat kutipan dari rumah ke rumah pada setiap hujung bulan sebanyak RM5.00. Penduduk boleh membayar sekaligus selama setahun sebanyak RM60.00.



Selain dari itu Surau As Salaam juga berkehendakkan dana untuk menampung kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf seperti





  1. Penukaran alas carpet baru. Penukaran alas carpet baru dianggarkan berjumlah RM7,700.00 ( 1570 kaki persegi darab dengan kos alas carpet RM5.00 se kaki persegi)


  2. Belian untuk sejadah baru dianggarkan RM600.00


  3. Menukar pintu utama dan belakang kepada jenis kayu solid dianggarkan RM600.00


  4. Membina stor meletakkan barang keperluan surau seperti alatan memasak, kuali dan lain-lain di belakan kawasan surau dianggarkan RM1,500.00


  5. Membuat grill untuk tingkap dan pintu dianggarkan berjumlah RM3,000.00


  6. Membuat kekotak (box up) untuk saluran najis dari tingkat atas dianggarkan RM600.00


  7. Membeli alat siar raya (AV) di dalam dan di luar surau dianggar RM3,500.00


Penaikan taraf ini adalah penting untuk menjamin keselesaan penduduk semasa menunaikan ibadah. Ianya juga selaras dengan aktiviti surau yang mengutamakan penambah baikkan dalam kehidupan.



Sekiranya penduduk ingin menderma keseluruhan atau sebahagian dari keperluan yang dinyatakan, bolehlah berhubung terus dengan En Razid, bendahari surau.



No comments: