Tuesday, November 20, 2007

Surau As Salaam, Buginvila telah mengadakan satu inisiatif pertama untuk mengekang kecurian dan vandalisma yang semakin berleluasa di Buginvilla. Borang-borang kajian penduduk telah diedarkan untuk tujuan data kependudukan. Surau boleh merangka dasar jangka panjang dengan data-data yang diperolehi. Sekiranya penduduk telah mendapat borang ini adalah diharapkan dapat mengisi dan memulangkan semula kepada En Hawari di alamat D-3-9 atau talian telefon 0123419387.

Langkah terbaru yang akan di ambil adalah mengenai keselamatan. Kawalan keselamatan sementara akan dijalankan dengan kehadiran sukarelawan dari kalangan penduduk. Dengan kesempatan ini saya merayu agar setiap penduduk dapat mengambil bahagian dalam langkah keselamatan ini.

No comments: