Thursday, December 25, 2008

Migrasi Meter Air

seperti yag diketahui semua, migrasi meter air kepada meter individu sedang dalam proses kelulusan dari SYABAS. Terdapat kemajuan yang menggalakkan. Semoga keputusan migrasi meter ini dapat diketahui sebelum Januari 2009.

Friday, November 14, 2008

MEMORANDUM BANTAHAN PEMOTONGAN AIR.





Memorandum bantahan yang diserahkan kepada pengurus besar MK Land, Tuan Hj Kamarul Zaman pada hari piket.

PIKET MEMBANTAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR

Berikut adalah kesan dari ketidak cekapan pengurusan bangunan yang mengakibatkan notis pemotongan bekalan air oleh pihak SYABAS disampaikan kepada penduduk. Dalam perkara ini saya bertindak atas kapasiti pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Taman Bunga Raya atas dasar membantah pemotongan bekalan air. Kewajaran dalam tindakan ini adalah kerana pemaju memandang masalah penduduk sebagai masalah kecil dan tidak secara meluas. Penduduk merasa dipermainkan dan kemarahan yang timbul ini diluahkan melalui piket ini.

Wednesday, October 15, 2008

Update Hari Raya 2008

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dibacakan bersama di setiap rumah yang dikunjungi adalah amalan penduduk Buginvilla setiap kali Aidil Fitri. Seperti kata Imam Azmi, Aidil Fitri bukan sahaja kemenangan melawan nafsu tetapi mengeratkan ukhwah di antara muslimin.

Tuesday, October 14, 2008

Bersama Merenungi.

Saya tiada masalah!” Betulkah anda tidak bermasalah?

Ramai orang sebenarnya tidak menyedari mereka mempunyai masalah (termasuklah kami yang baru tersedar separa sedar :P). Apabila bercakap tentang kewangan, ramai menyangka bahawa mereka OK. No problem. Tiada masalah. Mana mungkin mereka menghadapi masalah sebab gaji sudah beribu-riban. Kalau ada masalah, mungkin pakcik makcik diluar sana yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Tetapi, betulkah tiada masalah? Mari kita periksa. Bayangkanlah tiba-tiba anda kemalangan atau jatuh sakit atau dibuang kerja atau ahli keluarga sakit dan memerlukan perbelanjaan besar untuk mengubatinya — apa keadaan kewangan anda pada ketika itu? Masih OK atau KO? Masih anda mampu membayar hutang rumah? Hutang kereta? Hutang TV flatscreen? Hutang kad kredit? dan segala hutang-hutang lain?

Hmmmm fikir! Tarik nafas, fikir dalam-dalam. Muhasabah diri.

Sorry, saya bukan hendak men’spoil’ mood anda hari ini. Saya cuma mengingatkan diri saya dan teman-teman agar menyedari hakikat betapa ‘fragile’ nya status kewangan kita. Kesedaran adalah langkah pertama untuk berubah. Tanpa menyedari kita bermasalah, kita tidak akan dapat berubah.

OK! Saya dah sedar. Apa saya patut buat?

Bagus, jika anda sedar sekarang dari kemudian. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Langkah pertama, senaraikan semua hutang-hutang anda beserta baki yang masih perlu dibayar, tempoh membayar dan interest kalau ada. Lihatlah betapa bijaknya kita berbelanja.

Langkah kedua, nilai kemampuan diri anda. Buat kira-kira tentang pendapatan anda dari semua sumber (mungkin ada yang ada kerja sampingan).

Langkah ketiga, buat bajet bulanan dan patuhinya.

Langkah keempat, mula menyimpan untuk tabung kecemasan. Banyak pendapat tentang berapa jumlah perlu disimpan. Ada pakar kewangan mencadangkan nilai bersamaan 3 bulan perbelanjaan. Ada pakar kewangan mencadangkan 6 bulan perbelanjaan. Namun bagi saya nilai tersebut bergantung kepada keselesaan dan juga risiko yang kita mungkin hadapi. Lagi tinggi risiko lagilah tinggi tabung kecemasan ini. Tabung kecemasan ini perlu disimpan ditempat yang mudah diambil dan tidak bergantung kepada turun naik pasaran kewangan. Jadi jangan silap, tabung kecemasan bukan pelaburan. Tabung kecemasan untuk mengatasi masalah-masalah yang anda hadapi tanpa perlu menganggu pelaburan-pelaburan anda yang lain.

Langkah kelima, elak dari berhutang dalam setiap perkara. Kalau boleh elak menggunakan kad kredit kerana ada kemungkinan terhutang atau berbelanja lebih. Untuk menjadi hutang sifar, tidak menambah hutang baru amat perlu. Kalau ada kecemasan, itulah gunanya tabung kecemasan seperti dilangkah keempat di atas.

Langkah keenam, tetapkan satu jumlah untuk menyimpan/melabur secara tetap setiap bulan. Mungkin 10-30% daripada pendapatan ditetapkan sebagai simpanan. Pastikan hutang-hutang dibayar mengikut masa dan elakkan diri daripada terkena caj lewat bayar dan lain-lain. Apa? Bayar hutang sahaja sudah habis gaji?? hmm dalam keadaan itu anda patut tanya kepada diri sendiri sama ada benda yang anda hutang tersebut amat perlu untuk diri anda. Mungkin ada memiliki 2 biji kereta yang masih ada hutang. Mungkin 1 kereta boleh dijual. “Alamak! Susahlah macam tu!” Ye, untuk berubah memang susah. Tapi itulah namanya pengorbanan. Bayangkan dulu masa mula-mula tiada kereta, OK je kan. Cuma kadang-kadang apabila sudah terbiasa senang, kita menjadi lebih manja.

OK, ini sebahagian daripada tips-tips untuk menjadi seorang yang hutang sifar. Saya akan sambung lagi dimasa hadapan. Mari kita sama-sama amalkan. Azam saya untuk menjadi hutang sifar dalam masa 2 tahun. Anda bagaimana?

Monday, October 13, 2008

Hari Raya 2008

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua penduduk Buginvilla dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2008. Semoga segala apa yang dituturkan dan diucapkan dapat ditafsirkan dalam bentuk perbuatan.

Monday, September 22, 2008

Lagu Hari Raya

Lagu hari raya evergreen

Hari Raya Bakal Menjelang.


Kesibukan untuk menyediakan persiapan untuk hari raya yang akan menjelang tak lama lagi. Akupun begitu juga dan tak terkecuali. Cuma tahun ini perbelanjaan perlu dilakukan dengan berhemah. Aku lihat juga orang ramai tidak begitu ramai yang berbelanja. Ekonomi tidak begitu baik. Walau bagaimana pun anak-anak adalah orang yang pasti gembira dengan ketibaan Syawal.

Tuesday, September 16, 2008

Ayat-ayat Cinta

Asyik

What's Annoyed.

Angry Ku Li: Stop the political mind-games!
By IAN McINTYRE


KOTA BARU: Stop hiding behind leadership transitional plans or purported efforts to take over the Federal Government, said an agitated Tengku Razaleigh Hamzah.

The veteran Umno leader said all political leaders, including those from Umno as well as Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, should be straightforward about their intentions as the people were tired of political mind-games.

“We seem to be only concerned about our political posts while the people are suffering from the effects of an economic slowdown and the rising cost of living,” he said.

Speaking about Anwar’s promise about a takeover by Sept 16, he said that if did not happen by the PKR adviser’s own self-imposed deadline, he should be branded a liar.

As for Umno itself, there is the so-called transition plan -- in which Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was supposed to hand over his post to his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak by 2010 -- which was on, then seemed to have been put on the back-burner, and was now “on again,” he told a press conference here on Tuesday.

“Stop it! We must be brave in order to be leaders,” Tengku Razaleigh, affectionately known as “Ku Li,” said.

The transition plan has degenerated into a joke, he said, because in the middle of a grave political crisis, “leaders were engaged in a dance over the precise meaning of this mysterious term.”

In such trying times, the country needed real leadership, the Kelantan prince said, adding that the transition plan was “undemocratic


It seem the politician just having fun with their mockering up story but they didn't bother about us. This statement come from the politician who forseen thing far beyond the ordinary politician... Think about yourself. Are you agree with him.

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Alhamdulillah tahun ini kita semua masih lagi berkesempatan menyambut Ramadhan al Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran. Mungkin tahun ini adalah yang terakhir untuk kita semua, siapa yang tahu.Walau bagaimana pun kita semua patut menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran.

Seperti biasa, Surau As Salaam menganjurkan aktiviti sempena Ramadhan ini. Antaranya seperti sembahyang sunat terawih, tahlil dan morei. Sesiapa yang berhajat untuk mengadakan majlis juga digalakkan. Sebarang pertanyaan bolehlah disampaikan kepada saya dan ajk surau yang lain.

Wednesday, August 6, 2008

Update.

Update tentang Hari Keluarga Buginvilla 2008


1.16hb Ogos 2008 sekali lagi Buginvilla akan mengadakan Hari Keluarga 2008. Pada kali ini banyak lagi acara akan diadakan sempena hari cuti sekolah penggal ke dua. Jadi jika anda ada kelapangan boleh terus mendaftar dengan urusetia majlis En Sabri Musa 0132192448.

2.Mesyuarat bulanan dengan IMGPC juga telah mendapat makluman tentang meter air individu telahpun di majukan ke SYABAS pada 17hb Julai 2008.

3.Pendaftaran KRT Buginvilla telahpun diluluskan. KRT Buginvilla akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh sebulan untuk memilih jawatan kuasa yang baru.

Monday, July 21, 2008

Syukur

Saudara Khakim ada memberitahu tentang pembedahan anak beliau akan dijalankan dalam bulan Ogos disebabkan wang dana yang telah mencukupi. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tuan/puan dalam meringankan beban beliau.

Friday, July 4, 2008

Pembaikan yang perlu dijalankan dengan SEGERA!

Bumbung yang mula runtuh dan kepingan atap mula jatuh. Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Gambar terperinci di Blok B, kawasan tangki air.
Paip r kumbahan yang pecah di bilik penyelenggaraan.
Lantai yang basah.

Gambar Terbaru Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan.

Kerja pemoongan rumput telah dijalankan.
Longkang di luar kawasan berhadapan dengan Blok D tersumbat dengan rumput yang panjang.
Sump yang tersumbat.
Longkang yang tersumbat dan aliran air yang tersekat.
Pembaikan penutup longkang telah dijalankan.

Thursday, July 3, 2008

Kuah Pecal (Malaysian Salad Gravy)

Sesiapa yang berhajat utk merasa kuah pecal yang siap, boleh lah e mail saya.

Butiran:
RM5.25 se paket
200 gram se paket
termasuk penghantaran pos laju
minimum kuantiti 10 paket (boleh kongsi dgn kawan2)

Berhajat boleh call dan e mail pada saya.


P/s: gambar yg di lampirkan hanyalah hiasan. Selamat Mencuba.

Thursday, June 26, 2008

Taxi Service - How Is The Solution?


I ve been write in many times regarding taxi service in Kuala Lumpur based on my personal experience and my friends Hawari, Anuar and all Public Cab,Supercab and Airport Limo.

There are room to improve the service. Here are a few things that i highlight during my observation.
1. The communication between 3 parties who arrange reservation,despatching,pick up and drop off are in mess.Customer are no where to find taxi during peak hour. That is normal occation for taxi seervice in Kuala Lumpur. If this communication is improved there are lot of hurdle can be pass trough.

2.The fare doesn't reflect the reality. It's insufficient to cover wages, maintenance taxi and paying rental itself. It's under the authority to review the fare. It's no point to make it lower but the service unavailable. Let face the reality who exactly the user. How the user benefitted the service. That more important.

3.Set up an independence body to issue permit, review the fare, evaluate the standard of service and the company who run the fleet. It to maintain the standard of database of customer, number of permits issued, regulate the fare, fleet rule and standard of driver.

Friday, June 20, 2008

hari bapa




Sempena hari bapa pada 15hb Jun 2008, Ahad Abang Mazlan Tahir telah mencadangkan agar hari bapa disambut secara tertutup. Cadangan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para bapa. Anda lihat sendiri sambutan yang begitu meriah dan ibu-ibu di rumah begitu cemburu sekali.

Thursday, June 19, 2008

Alternatif

sejak kenaikan harga petrol, saya telah membuat keputusan untuk menukar bahan bakar untuk kereta saya kepada alternatif yang dapat menjimatkan kos. Setelah mengkaji kaedah alternatif saya telah membuat keputusan untuk menjadikan kereta saya seperti di atas. Apa pendapat anda?

Friday, June 13, 2008

Mohon Bantuan.



jiran saya , en abdul khakim memerlukan sumbangan derma untuk membiayai pembedahan anak beliau yang berumur 7 tahun. beliau amat mengharapkan bantuan saudara/saudari dalam meringankan beban yang ditanggung.

bersama kita memanjangkan e mail ini agar dapat bersama meringankan beban beliau. sumbangan anda bolehlah dibuat dalam bentuk cek atas nama bendahari ukm atau tunai ke akaun ibu pesakit pn ruzaini sidik akaun malayan banking berhad 112101877690.

sebarang kemusykilan, terus hubungi en abd khakim 013-2284372. semoga dengan bantuan saudara/saudari dapat diberkati oleh NYA dan diringankan beban yang ditanggung.

bersama ini disertakan surat dari en abd khakim, surat pengesahan dari hukm dan gambar-gambar anak beliau.

sekian.DI ICU HUKM

Tuesday, June 10, 2008

Dari Pandangan Datuk A Kadir Jasin

Monday, June 09, 2008

“Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal”

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.

MOHON BANTUAN.

Abdul Khakim Bin Ibrahim
No 15, Taman Andaman 1,
Jalan Hj Tahir, Seksyen 30,
40460 Shah Alam
Selangor Tarikh: 4-Jun-2008
Kepada Pihak Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

Perkara: Memohon Bantuan Bagi Pembiayaan Kos Pembedahan Koklear Implan Bagi Muhammad Fazreen Hafiy Bin Abdul Khakim (Umur 8 Tahun).

Rujukan HUKM: N190319

Adalah dengan ini saya ingin merayu memohon bantuan dari pihak tuan bagi membiayai kos pembedahan anak saya seperti nama di atas. Pembedahan ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM82,000.00 (Alat implan koklear RM75,000.00 dan Terapi audiologi dan pertuturan RM7,000.00).

Untuk makluman anak saya telah disahkan mengalami masalah pendengaran sensori neural di kedua belah telinga disebabkan oleh Meningitis sejak bulan Augus 2007. Untuk memulihkan pendengarannya pembedahan koklear implan perlu dilakukan dengan segera yang mana akan dijalankan di Hospital UKM apabila kos yang diperlukan telah mencukupi.

Sumbangan dan bantuan pihak tuan adalah amat dihargai dan semoga mendapat rahmat dari yang Maha Esa.


Yang Benar



-------------------------------------------------------------------

Abdul Khakim Ibrahim
Device Analysis Lab
Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd
Tel: 603-51635600 Ext: 79603
Direct: 603-51635603
Fax: 603-51635899


1. Sumbangan boleh diberi melalui
- Cek atas nama BENDAHARI UKM atau
- Akaun MayBank Ruzaini Md Sidik (ibu pesakit) :112101877690
Tel: 013-3339273 atau 016-3312706

Friday, May 30, 2008

Isu-Isu Penting Dan Penyelesaian.

Kebelakangan ini pelbagai isu telah dikemukan oleh ramai penduduk. Antara isu hangat sekarang adalah pemberian air percuma sebanyak 20MC oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap rumah yang mempunyai meter individu. Jadi Buginvilla tidak layak untuk mendapat keistimewaan ini kerana masih menggunakan meter pukal. Ini menyebabkan penduduk memohon untuk menukar meter pukal kepada meter individu.

Antara syarat yang dikenakan ialah permohonan mestilah dimajukan oleh Pemaju dan keseluruhan penduduk yang memohon mestilah tidak mempunyai apa-apa tunggakan yuran selenggara kepada pemaju. Inilah penghalang kepada permohonan ini. Pemaju menggunakan air sebagai senjata untuk menguatkuasa apa jua tindakan yang difikirkan perlu.

Perlu diingatkan air adalah keperluan asas. Ianya amat penting untuk semua makhluk Tuhan. Jadi bersamalah kita menjaga kepentingan ini. Bukannya menidakkan kepentingan orang lain dan menggunakan air sebagai senjata.

Pendapat saya, tunggakan yang digunapakai dalam konteks Buginvilla adalah kepada penduduk sahaja. Tetapi penduduk juga mempunyai alasan tersendiri dalam makna tunggakan. Penduduk merasakan tunggakan ini lebih kepada pemaju. Ini kerana sejak 2001 lagi, penduduk tidak pernah mendapat akses untuk melihat akaun penyelenggaraan yang dijalankan oleh pemaju. Kedua, kerja-kerja penyelenggaraan juga terhenti sekian lama. Tunggakan bil air, elektrik dan pelbagai lagi. Jadi bagaimana akaun ini dapat menerangkan kepada penduduk. Penduduk beranggapan sekarang pemaju mempunyai tunggakan kepada penduduk. Jadi bagaimana perkara ini patut diselesaikan. Siapkan akaun penyelenggaraan ini, di auditkan dan diserahkan kepada penduduk.

Jadi dalam kaedah pemilikan meter individu, banyak kelebihan kepada penduduk dan pemaju. Penduduk mendapat kadar harga 0.50 sen berbanding RM1.38 sen sekarang. Beban tugas menyelenggara dipindahkan kepada pihak ke3(Syabas). Pemaju lepaskan semua syarat yang menghalang pemilikan meter individu dan sediakan akaun yang siap di audit. Penduduk perlu membuat pertimbangan yang wajar dalam perkara ini. Penduduk Buginvilla sudah semakin matang dalam urusan begini.

Pemotongan Bekalan AIR.


Saya ingin menarik perhatian semua tentang perkara pemotongan air. Isu ini telah saya bawakan sejak dialog yang pertamatentang perihal pengurusan bangunan yang berkesan. Isu ini bermula dari tahun 2001 lagi dan tiada tindakan dilakukan dalam menanganinya. Ianya bermula dari rumah yang tidak berpenghuni, pengurusan air yang berkesan, pengedaran bil air, pembayaran bil air yang dikaitkan dengan yuran penyelenggaraan dan seterusnya penguatkuasaan.

Walaubagaimanapun Insya Allah, perkara ini dapat ditangani jika meter individu diperkenalkan.

Tuesday, May 13, 2008

Diet

Diet yang sedang saya cuba. Anda nak cuba bersama silakan....
Tak mustahil kalau satu hari nanti kejadian begini akan berlaku pada kita semua oleh itu anda semua jangan makan nasi terlalu banyak.

Pemikiran Kritikal

Inilah yang kita cuba semakan pada anak-anak kita dalam apa jua aktiviti yang akan dijalankan.