Alhamdulillah tahun ini kita semua masih lagi berkesempatan menyambut Ramadhan al Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran. Mungkin tahun ini adalah yang terakhir untuk kita semua, siapa yang tahu.Walau bagaimana pun kita semua patut menikmati hidup ini dengan penuh kesyukuran.
Seperti biasa, Surau As Salaam menganjurkan aktiviti sempena Ramadhan ini. Antaranya seperti sembahyang sunat terawih, tahlil dan morei. Sesiapa yang berhajat untuk mengadakan majlis juga digalakkan. Sebarang pertanyaan bolehlah disampaikan kepada saya dan ajk surau yang lain.
No comments:
Post a Comment