Friday, May 30, 2008

Isu-Isu Penting Dan Penyelesaian.

Kebelakangan ini pelbagai isu telah dikemukan oleh ramai penduduk. Antara isu hangat sekarang adalah pemberian air percuma sebanyak 20MC oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap rumah yang mempunyai meter individu. Jadi Buginvilla tidak layak untuk mendapat keistimewaan ini kerana masih menggunakan meter pukal. Ini menyebabkan penduduk memohon untuk menukar meter pukal kepada meter individu.

Antara syarat yang dikenakan ialah permohonan mestilah dimajukan oleh Pemaju dan keseluruhan penduduk yang memohon mestilah tidak mempunyai apa-apa tunggakan yuran selenggara kepada pemaju. Inilah penghalang kepada permohonan ini. Pemaju menggunakan air sebagai senjata untuk menguatkuasa apa jua tindakan yang difikirkan perlu.

Perlu diingatkan air adalah keperluan asas. Ianya amat penting untuk semua makhluk Tuhan. Jadi bersamalah kita menjaga kepentingan ini. Bukannya menidakkan kepentingan orang lain dan menggunakan air sebagai senjata.

Pendapat saya, tunggakan yang digunapakai dalam konteks Buginvilla adalah kepada penduduk sahaja. Tetapi penduduk juga mempunyai alasan tersendiri dalam makna tunggakan. Penduduk merasakan tunggakan ini lebih kepada pemaju. Ini kerana sejak 2001 lagi, penduduk tidak pernah mendapat akses untuk melihat akaun penyelenggaraan yang dijalankan oleh pemaju. Kedua, kerja-kerja penyelenggaraan juga terhenti sekian lama. Tunggakan bil air, elektrik dan pelbagai lagi. Jadi bagaimana akaun ini dapat menerangkan kepada penduduk. Penduduk beranggapan sekarang pemaju mempunyai tunggakan kepada penduduk. Jadi bagaimana perkara ini patut diselesaikan. Siapkan akaun penyelenggaraan ini, di auditkan dan diserahkan kepada penduduk.

Jadi dalam kaedah pemilikan meter individu, banyak kelebihan kepada penduduk dan pemaju. Penduduk mendapat kadar harga 0.50 sen berbanding RM1.38 sen sekarang. Beban tugas menyelenggara dipindahkan kepada pihak ke3(Syabas). Pemaju lepaskan semua syarat yang menghalang pemilikan meter individu dan sediakan akaun yang siap di audit. Penduduk perlu membuat pertimbangan yang wajar dalam perkara ini. Penduduk Buginvilla sudah semakin matang dalam urusan begini.

No comments: