Saturday, December 29, 2007

Berikut senarai unit yang belum lagi memulangkan borang bancian. Saya berharap agar borang ini dapat dikembalikan secepat mungkin kepada Pn Maziah C-LG-5 atau En Hawari D-3-9.

A-1-2
A-1-3A
A-1-7
A-3-1
A-3-2
A-3-9
A-4-11
B-1-3A
B-2-3
B-2-3A
B-3-3A
B-3-8
B-4-3A
C-1-1
C-1-10
C-1-12
C-1-7
C-1-8
C-2-1
C-2-12
C-2-6
C-2-9
C-3-1
C-3-2
C-3-6
D-1-1
D-1-10
D-11-5
D-3-2
D-4-10
D-4-13
D-5-11
D-5-6
D-5-8
D-7-8
D-9-3
D-9-5
D-G-10

Friday, December 28, 2007

Surau memerlukan sumbangan kewangan yang berterusan. Pada cadangan awal, saya telah mengemukan idea tentang wakaf surau. Untuk menjalankan wakaf ini, surau perlu mendapat hak milik dari pemaju terlebih dahulu sebelum membuka wakaf kepada orang ramai. Jika ini berjaya dilaksanakan barulah wakaf ini boleh dilaksanakan.

Sumbangan yang ada sekarang adalah lebih kepada perbelanjaan bulanan. Jadi dengan wakaf yang akan ditetapkan kelak, sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan yang lebih besar lagi.

Thursday, December 27, 2007



Kecurian penutup longkang besi pada 23hb Disember 2007 berlaku lagi. Sebanyak 15 keping penutup longkang besi telah didapati hilang. kejadian ini berlaku di tepi blok C di kedua-dua longkang besar.
Mengapa perlu mengemaskini akaun penyelenggaraan? Penduduk hendaklah selalu mengemaskini akaun penyelenggaraan kerana dengan cara ini kita dapat memantau baki tunggakan, pembayaran dan caj-caj lain yang perlu dibayar.

Saya selalu menganggar semua jumlah dan mengemaskini dengan menelefon pejabat pengurusan 0360285133 dan bercakap dengan staf bahagian akaun untuk mengemaskini akaun.

Monday, December 24, 2007



Syukur ke hadrat Illahi kerana pada 20hb Disember 2007, penduduk Buginvilla selamat meraikan Hari Raya Aidil Adha. Pada tahun ini sebanyak 2 ekor lembu berjaya disembelih dan disedekahkan kepada penduduk Buginvilla. Majlis yang bermula dengan sembahyang sunat pada jam 8.00 pagi dan seterusnya pada jam 9.00 pagi bermula acara Qurban.

Manakala daging Aqiqah seterusnya dimasak dan disedekah kepada rumah anak yatim Anak Kesayanganku di Jalan Anggerik 4A, Bukit Beruntung.


Kelihatan di gambar sebelah tukang masak, En Hawari dan kumpulannya sedang sibuk menyiapkan masakan.








Wednesday, December 19, 2007



Kempen mengenai hak-hak dan tanggung jawab penduduk sedang bermula. Peranan media massa amat diperlukan dalam menjayakan kempen ini.

Kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh penduduk adalah berpunca dari kurang kefahaman tentang hak-hak mereka justeru penduduk berasa kurang bertanggung jawab dalam menguruskan hak-hak mereka.

Pihak SYABAS telah memainkan peranan penting dalam kempen ini dengan mengedar risalah kepada penduduk tentang akaun bil air dan migrasi meter air.









Berikutan dengan kejadian pencerobohan terhadap rumah-rumah kosong di Buginvilla penduduk telahpun membuat satu laporan polis.







  1. Saya merayu supaya penduduk yang tinggal di luar kawasan Buginvilla supaya mengambil langkah-langkah seperti berikut:



  2. Memastikan pintu luar dipasang dengan gril keselamatan.



  3. Meninggalkan nombor yang boleh dihubungi kepada jiran terdekat atau kepada ajk yang terlibat. (Nama dan alamat ajk seperti yang telah ditulis sebelum ini)






Tuesday, December 18, 2007

Penubuhan sektor Rukun Tetangga kawasan Buginvilla akan menjadi impian dengan taklimat yang akan diberikan oleh En Basri, pegawai Jab Perpatuan Daerah Kuala Kubu pada 23hb Disember 2007, jam 9.00 malam. Menurut beliau banyak kelebihan yang boleh didapati dari program Rukun Tetangga ini.

Saya menjemput semua penduduk datang ke surau pada masa yang ditetapkan seperti di atas, mendengar taklimat dan seterusnya menubuhkan jawatan kuasa sementara untuk tujuan penubuhan sektor Rukun Tetangga.
Melalui Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, En Ismail Md Nor, saya bersama dengan En Hawari dan Tn Hj Mohammad Ramli telah menerima borang-borang migrasi meter air.

Migrasi meter air adalah salah satu daripada keputusan yang telah dicapai pada majlis dialog yang telah diadakan baru-baru ini. Penduduk boleh mendapatkan borang tersebut dari En Hawari di alamat D-3-11. Borang tersebut hendaklah dipulangkan semula kepada beliau selewat-lewatnya pada 20 hb januari 2008 berserta RM1.00 sebagai sumbangan untuk potokopi dan binding.

Kerjasama penduduk adalah sangat diharapkan untuk menjayakan migrasi meter air ini.
Surau As Salaam akan mengadakan majlis Qurban dan Aqiqah pada 20hb Disember 2007. Majlis yang akan bermula selepas solat sunat Aidil Adha pada jam 9.30 pagi. Sebanyak 2 ekor lembu akan disembelihkan yang terdiri daripada perkongsian bahagian-bahagian oleh penduduk. Setiap ekor lembu mempunyai 7 bahagian yang dikongsi bersama. Setiap bahagian berharga RM350.00 yang dibayar secara ansuran.

Ini adalah kali ke 2 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2006. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pihak Surau As salaam berharap agar majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Monday, December 17, 2007


Majlis dialog yang diadakan pada 15hb Disember 2007 telah berjaya merumuskan beberapa penyelesaian. Antara penyelesaian yang dapat dicapai adalah :



  1. Im Global akan memohon dana daripada pemaju, Medan Prestasi untuk menyediakan pengawal keselamatan.

  2. Melantik satu jawatan kuasa yang terdiri daripada kalangan penduduk untuk bersama menjalankan tugas.

  3. Menuntut dari insuran untuk kerja-kerja pembaikan kabel dan kebakaran di blok C dan D.

  4. Permohonan migrasi meter air akan diusahakan oleh pemaju.










Friday, December 14, 2007


Pemberitahuan mengenai dialog yang di siarkan melalui akhbar SINAR oleh Cik Mazidah Hashim.

Thursday, December 13, 2007


Persediaan untuk majlis dialog pada 15hb Disember 2007 dan majlis Qurban pada 20hb Disember 2007 sedang giat dijalankan. Adalah diharapkan agar semua penduduk dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Banner ini adalah sumbangan En Riduan.

Tuesday, December 11, 2007

Mesyuarat ajk surau untuk majlis dialog dan Qurban akan diadakan di Surau As Salaam pada 11 hb Disember 2007, jam 9malam.

Monday, December 10, 2007


Penduduk Buginvilla dengan sukarela telah memulakan kawalan pada waktu malam secara bergilir-gilir. Kawalan malam yang dijalankan lebih kepada defensif dan diketuai oleh En Zainal yang juga bekas tentera. Khidmat nasihat beliau amat berguna dalam skop kawalan yang dipraktik pada setiap malam.

Sekiranya penduduk mendengar bunyi wisel bertalu-talu, adalah diharapkan agar berkumpur di ruang legar lif di blok C dan D manakala blok A dan B tempat berkumpul adalah di depan surau.

Thursday, December 6, 2007

Jenaka Penduduk Buginvilla.( Melawak Tanpa Ada Niat Di Sebaliknya)

25 sebab suami 'tekanan mental'!!*

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau dodol....."
Kalau Samy Vellu Jadi Angkasawan

The great Samy Vellu announced today: "Saya syukur angkasawan kita telah meninggal dunia 10 hari, kini selamat dikebumi"

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi matahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."

Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana ?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......

Wednesday, December 5, 2007



Pelan cara tindakan yang dicadangkan oleh En Sabri Musa.


Se petang di Buginvilla

terasa bagai mimpi indah

mahu rasanya terbang mendakap awan

terasa indah

namun kita harus peka

keadaan mendatang

adakah awan masih di sana

tanya diri kita..........



Sebagai alat pra amaran kecemasan yang praktikal, wisel merupakan alat yang terbaik. Alat ini berharga RM1.50 dan digunakan sewaktu kecemasan seperti kebakaran, kecurian dan lain-lain. Wisel patut dimiliki oleh setiap penduduk sebagai langkah awal pencegahan.

Tuesday, December 4, 2007





Surau akan mengadakan majlis dialog bersama dengan Majlis Daerah Hulu Selangor, Medan Prestasi SB (Pemaju), SYABAS, TNB, IM Global Property Consultants (Pengurus Harta) dan penduduk pada 15hb Disember 2007, jam 2 petang di Dewan Kelab Buginvilla.


Surau amat mengharapkan sokongan dari penduduk untuk menjayakan majlis dialog ini sebagai salah satu kempen mengenai "Hak-Hak dan Tanggung jawab Sebagai Penduduk Buginvilla".


Penduduk bolehlah mengutarakan pelbagai persoalan mengenai isu-isu yang berkenaan dengan Buginvilla.


Saya juga mengharapkan agar sumbangan tenaga, wang ringgit dapat diadakan dalam majlis ini untuk tabungan surau.


Penduduk juga dinasihatkan supaya mempunyai hemah yang tinggi dalam memastikan dialog ini memberi manafaat kepada semua orang. Etika yang baik adalah mendengar dengan teliti sebelum membuat keputusan.


Antara isu-isu yang dijangka akan di utarakan adalah seperti lampiran di sebelah.

Monday, December 3, 2007




Ini adalah kesan
-kesan tinggalan selaput kabel yang dijumpai di dalam rumah kosong yang dicuri dari sesalur elektrik. Pihak pengurus telah diberitahu tentang kejadian ini pada 28hb November 2007.
Cadangan dari En Rizal tentang rumah-rumah yang tak terjual. Beliau mencadangkan kepada pemaju (Medan Prestasi) supaya memberikan senarai rumah yang tak terjual ini kepada ajk surau untuk tujuan:
  1. pemantauan keselamatan
  2. promosi kepada kenalan masyarakat setempat

Cadangan ini perlu diperhalusi dengan mendalam kerana ianya membawa kepada menarik lebih ramai penduduk yang akan membeli dan tinggal di kawasan Buginvilla. Di samping itu penyelenggaran yang berterusan terhadap rumah-rumah yang tak terjual haruslah dilakukan sekarang kerana kebanyakkan rumah tak terjual ini telah dirosakkan oleh individu yang tak bertanggung jawab.

Cadangan daripada En Hawari dan Tn Hj Ramli untuk menubuhkan sub sektor rukun tetangga untuk tempoh terdekat ini adalah amat dialu-alukan. Buginvilla akan mempunyai pos pengawal sendiri. Tn Hj Ramli akan menyusulkan perkara ini dengan nazir masjid Kenangan, En Yusof.

Pada kesempatan ini juga saya merayu kepada penduduk Buginvilla bersama mendaftar sebagai sukarelawan Rukun Tetangga.

Saturday, December 1, 2007


Pada 30hb November 2007, jam 6.00 petang, penduduk telah mendapat maklumat tentang 2 orang yang disyaki melakukan kejadian jenayah telah masuk ke kawasan Buginvilla. Hasil dari kerjasama penduduk, orang yang disyaki telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Penduduk Buginvilla semakin pro aktif dalam menjaga kawasan Buginvilla. Inilah semangat yang perlu disemai sepanjang masa.









Pada 29hb November 2007, selepas Maghrib, Suaru As Salaam telah mengadakan majlis bacaan Yasin, sembahyang sunat Taubat dan sunat Hajat yang di Imamkan oleh En Azmi Omar. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghindar segala musibah yang menimpa penduduk Buginvilla dan memupuk ukhwah di kalangan penduduk. Seramai 50 orang telah hadir untuk menunaikan hajat ini. Majlis di akhiri dengan jamuan ringkas.