Progrm Juara Rakyat bermula pada 8hb Januari 2010 berakhir dua hari selepas itu. Memang rancak persiapan yang dijalan terutama sekali pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli parti yang berkaitan. Saya juga terikut untuk menghadiri beberapa acara untuk meriahkan program tersebut.
Bagi saya tiada lain yang lebih penting adalah bagaimana kerajaan dapat membantu penduduk Bukit Beruntung melalui satu perancangan yang teratur dan dapat menjamin supaya rumah-rumah dan infrastruktur yang telah siap sedia ini dapat didiami semula. Saya menunggu dengan penuh minat malah beberapa kali saya mengutarakan persoalan ini kepada YB Isa, ADUN kawasan saya. Mungkin beliau sibuk dengan persiapan ini sehingga belum lagi menjawab persoalan saya.
Pada petang ini PM telah memberi satu jawaban iaitu peruntukan sebanyak RM15juta untuk membaiki bumbng rumah flat yang ditiup angin 8 tahun lalu. Mungkin itu bukan seperti yang saya minta tetapi dengan pembaikan ini dapat meringankan bebabn penghuni yang tinggal di kawasan Bukit sentosa.
apa yang lebih penting ialah aktiti SMI dapat memenuhi ruang kilang-kilang terbiar. Sepatutnya ianya dilakukan secepat mungkin supaya tenaga kerja yang telah berhijrah keluar dapat pulang semula ke Bukit Beruntung. Ini akan merancakkan aktiviti penduduk. Tanpa peluang pekerjaan ini mereka tidak akan pulang walaupun rumah mereka telah dibaiki.
No comments:
Post a Comment