1 Malaysia. Konsep baru dengan pemimpin baru. DS Najib mempunyai kredibilti yang baik sejak menjadi menteri pelajaran dan menteri pertahanan. Langkah yang di ambil beliau dalam menyediakan keperluan asas guru dan tentera amat menarik sekali.Sebelum itu juga beliau merupakan YB termuda sekali pernah dipilih oleh rakyat.
Menuju ke arah global kerajaan perlu menyediakan satu laluan untuk rakyat menyiapkan diri dari tekanan mental dan fizikal. Rakyat Malaysia perlu bekerja lebih kuat dari sekarang. Jika di bandingkan dengan negara lain, Malaysia adalah di anatara negara yang mempunyai cuti terbanyak di dunia. Waktu kerja yang kurang membuatkan pekerja di Malaysia kurang kompetitif jika di bandingkan dengan penduduk Hong Kong dan Taiwan. Jangan dibandingkan lagi dengan pekerja dari China. Bekerja kuat bukanlah bermaksud membuta tuli memerah peluh di bendang padi tetapi bijak menggunakan teknologi dalam pekerjaan.
Kehendak individu akan mengatasi keperluan umum secara meluas. Rakyat akan menyuarakan pendapat secara terbuka dan lantang. Ini akan menimbulkan konflik pendapat antara golongan membela budaya dan golongan muda yang rakus. Walau bagaimanapun golongan muda yang berumur di bawah umur 40 inilah yang akan menentukan polar pentadbiran.
Apabila golongan muda ini memulakan langkah maka mereka akan menentukan kesamarataan dan merit dalam setiap aspek kehidupan. Mereka ini kebanyakkannya akan menggubah sejarah ke arah matlamat mereka. Tiada lagi keistimewaan di kalangan kelompok tertentu dan segala-galanya berpandukan peraturan baru.
Jika adapun konflik sebahagian besarnya dapat diselesaikan kerana marginal yang menyokong golongan ini adalah terlalu besar. Maka golongan ini akan menentukan arah tuju negara mengikut acuan baru.
Oleh itu saya berpendapat rakyat Malaysia perlua bersiap sedia dengan aliran budaya baru ini. Kita boleh merasakan sekarang apabila peratusan pemimpin yang berjaya sekarang bermula dari undian golongan muda.
No comments:
Post a Comment