Tuesday, March 24, 2009

PPSMI


Seperti yang kita semua maklum tentang penggunaan penghantar Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang sekarang heboh diperkatakan oleh orang ramai. Di sebabkan ramai yang memperkatakan isu ini, saya terfikir sejenak.

Sejenak kerana memikirkan masa depan anak saya yang masih bersekolah dan terikat dengan peraturan yang dikenakan. Pada masa ini mereka belum faham tentang bahasa penghantar ini. Samada Inggeris atau Bahasa Melayu, mereka boleh belajar dan memahami dengan sempurna kerana mereka mempunyai kemampuan untuk tujuan tersebut. Tetapi apabila difikirkan lagi apabila saya memperlekehkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan sub standard bagaimana pula mereka akan berfikir pada zaman mereka. Kita semua telahpun melihat kesan terhadap kecenderungan untuk memperlekehkan bahasa Melayu di papan tanda, billboard, iklan di media dan bacaan teks untuk pelajaran di sekolah!

Jadi, disebabkan perlekehan ini akan menjadi satu budaya maka identiti Kemelayuan akan di perlekehkan juga. Pada masa hadapan mungkin anak melayu akan malu terhadap identiti Melayu mereka. Siapakah yang akan dipersalahkan pada masa itu? Kita semua telah tiada untuk diadili.

Jika sekarang kita merasakan bahasa Melayu adalah Kuno dan tidak menepati bahasa yang dianggap moden fikirkan tentang erti kemodenan bahasa dari segi pencapaian sesuatu bangsa. Apakah kita menilai kemunduran bangsa berpunca dari bahasa?

Di sebalik keghairahan kita memartabatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa Moden, kita tak sedar iklan pekerjaan di surat khabar Inggeris mengutamakan bahasa MANDARIN! Dimanakah hala tuju kita? Bahasa mana sekarang? Tak Mustahil satu hari nanti jika kawan Tamil saya membuka kilang dan beliau memilih bahasa Tamil sebagai keutamaan!

Saya selalu mengingatkan semua kawan-kawan saya bahawa kita sebenarnya bukan bersaingan dengan bangsa asing tetapi dengan bangsa Melayu sendiri! Persaingan yang saya kira amat sengit adalah untuk mewujudkan jati diri sebagai Bangsa Melayu yang berbahasa Melayu, adat susila Melayu dan tentunya ianya identiti diri kita untuk bersaingan dengan bangsa asing.

Jadi kepada bijak pandai, ahli politik bertindaklah atas kejujuran dari hari nurani masing-masing.

No comments: