Mesyuarat AJK KRT akan di adakan pada Ahad, 1/3/2009, 10 pagi di Dewan Buginvilla. Kedatangan adalah diwajibkan.
salam,
peruntukan dari krt daerah telah pun dimasukkan ke akaun krt buginvilla.
perkara-perkara yang perlu dilakukan;
1.papan tanda dan bilik operasi. seperti sedia maklum bilik operasi adalah di sebelah dewan buginvilla.surat kelulusan telah diperolehi untk krt menggunakan bilik ini sebagai bilik operasi. bilik ini perlu dilengkapi dengan carta organisasi, objektif krt, piawai krt mengikut aturan kementerian perpaduan. bilik ini juga perlu dilengkapi dengan perabut seperti meja, kerusi dan lain-lain yang difikirkan perlu untuk beroperasi. papan tanda sedia ada perlu di tulis semula kepada 'kawasan rukun tetangga kawasan apatmen buginvilla' .
2.perancangan tahunan. adalah diharapkan kepada semua ahli supaya dapat memberi maklum balas tentang aktiviti yang akan dijalankan dalam tahun 2009 ini yang berdasarkan perpaduan masyarakat harmoni dan meliputi semua kaum yang ada.
adalah di rancangkan supaya buginvilla membawa mesej perpaduan dengan tema 'masyarakat wawasan, generasi makmur' atau lebih kepada minda yang bebas, matang dalam memupuk generasi yang bertanggung jawab dan beretika.
3.aktiviti tahunan lepas wajar dipupuk semula. gotong royong setiap bulan, hari keluarga, keceriaan rumah tangga, disamping hari-hari kebesaran kemerdekaan, dll.
perlu diingat semua, setiap aktiviti mendapat pembiayaan dARI KRT DAERAH TETAPI PERLU BERSERTA DOKUMEN. perancangan dari segi perbelanjaan, tetamu, mesej, tema dan faedah yang didapati dari setiap aktiviti perlu di ambil kira. barulah pembiayaan ini dapat disalurkan ke akaun krt.
4.ahli semua perlu tahu setiap objektif yang kita akan jalankan. tiada sempadan yang akan membezakan kita dari segi perpaduan tetapi perlu mengambil kira lunas-lunas dan batasan sebagai individu mengikut hukum-hukum yang ditetapkan.
jadi, selamat bersidang.......
1 comment:
Bersama kita menjayakannya.
Post a Comment