Thursday, June 26, 2008

Taxi Service - How Is The Solution?


I ve been write in many times regarding taxi service in Kuala Lumpur based on my personal experience and my friends Hawari, Anuar and all Public Cab,Supercab and Airport Limo.

There are room to improve the service. Here are a few things that i highlight during my observation.
1. The communication between 3 parties who arrange reservation,despatching,pick up and drop off are in mess.Customer are no where to find taxi during peak hour. That is normal occation for taxi seervice in Kuala Lumpur. If this communication is improved there are lot of hurdle can be pass trough.

2.The fare doesn't reflect the reality. It's insufficient to cover wages, maintenance taxi and paying rental itself. It's under the authority to review the fare. It's no point to make it lower but the service unavailable. Let face the reality who exactly the user. How the user benefitted the service. That more important.

3.Set up an independence body to issue permit, review the fare, evaluate the standard of service and the company who run the fleet. It to maintain the standard of database of customer, number of permits issued, regulate the fare, fleet rule and standard of driver.

Friday, June 20, 2008

hari bapa




Sempena hari bapa pada 15hb Jun 2008, Ahad Abang Mazlan Tahir telah mencadangkan agar hari bapa disambut secara tertutup. Cadangan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para bapa. Anda lihat sendiri sambutan yang begitu meriah dan ibu-ibu di rumah begitu cemburu sekali.

Thursday, June 19, 2008

Alternatif

sejak kenaikan harga petrol, saya telah membuat keputusan untuk menukar bahan bakar untuk kereta saya kepada alternatif yang dapat menjimatkan kos. Setelah mengkaji kaedah alternatif saya telah membuat keputusan untuk menjadikan kereta saya seperti di atas. Apa pendapat anda?

Friday, June 13, 2008

Mohon Bantuan.



jiran saya , en abdul khakim memerlukan sumbangan derma untuk membiayai pembedahan anak beliau yang berumur 7 tahun. beliau amat mengharapkan bantuan saudara/saudari dalam meringankan beban yang ditanggung.

bersama kita memanjangkan e mail ini agar dapat bersama meringankan beban beliau. sumbangan anda bolehlah dibuat dalam bentuk cek atas nama bendahari ukm atau tunai ke akaun ibu pesakit pn ruzaini sidik akaun malayan banking berhad 112101877690.

sebarang kemusykilan, terus hubungi en abd khakim 013-2284372. semoga dengan bantuan saudara/saudari dapat diberkati oleh NYA dan diringankan beban yang ditanggung.

bersama ini disertakan surat dari en abd khakim, surat pengesahan dari hukm dan gambar-gambar anak beliau.

sekian.DI ICU HUKM

Tuesday, June 10, 2008

Dari Pandangan Datuk A Kadir Jasin

Monday, June 09, 2008

“Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal”

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk “PM: Get true picture of global oil price hikes” (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

“Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang.”

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini -- peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk “mendapatkan gambaran sebenar” mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah “murah” kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah “mahal” kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport.
Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada “pilihan”. Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar “flip-flop” kerajaan kita – sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh -- penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya.

MOHON BANTUAN.

Abdul Khakim Bin Ibrahim
No 15, Taman Andaman 1,
Jalan Hj Tahir, Seksyen 30,
40460 Shah Alam
Selangor Tarikh: 4-Jun-2008
Kepada Pihak Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

Perkara: Memohon Bantuan Bagi Pembiayaan Kos Pembedahan Koklear Implan Bagi Muhammad Fazreen Hafiy Bin Abdul Khakim (Umur 8 Tahun).

Rujukan HUKM: N190319

Adalah dengan ini saya ingin merayu memohon bantuan dari pihak tuan bagi membiayai kos pembedahan anak saya seperti nama di atas. Pembedahan ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM82,000.00 (Alat implan koklear RM75,000.00 dan Terapi audiologi dan pertuturan RM7,000.00).

Untuk makluman anak saya telah disahkan mengalami masalah pendengaran sensori neural di kedua belah telinga disebabkan oleh Meningitis sejak bulan Augus 2007. Untuk memulihkan pendengarannya pembedahan koklear implan perlu dilakukan dengan segera yang mana akan dijalankan di Hospital UKM apabila kos yang diperlukan telah mencukupi.

Sumbangan dan bantuan pihak tuan adalah amat dihargai dan semoga mendapat rahmat dari yang Maha Esa.


Yang Benar



-------------------------------------------------------------------

Abdul Khakim Ibrahim
Device Analysis Lab
Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd
Tel: 603-51635600 Ext: 79603
Direct: 603-51635603
Fax: 603-51635899


1. Sumbangan boleh diberi melalui
- Cek atas nama BENDAHARI UKM atau
- Akaun MayBank Ruzaini Md Sidik (ibu pesakit) :112101877690
Tel: 013-3339273 atau 016-3312706