Thursday, March 6, 2008

3 comments:

Anonymous said...

MALAM PERTAMA PENGANTIN

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..SAKIT DAN NAZAK..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Anonymous said...

..: CECAH DAHI KE SEJADAH :..

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu
dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu
diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu
disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu
ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu
Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu
dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika
beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin
dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu
disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang
menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu
ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu
diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak
menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah
seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak
bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar
bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta,
tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di
dunia


15 Kelebihan Sujud

Ulama mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan
bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah
pinggang yang terkeluar
sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan
yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut
ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada
ketegangan.
6. mengurangkan kesakitan bagi
pesakit apendiks atau limpa.
7. kedudukan sujud adalah paling
baik untuk berehat dan
mengimbangkan lingkungan
bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah
tidur.
10.Menggerakkan otot bahu,
dada,leher,perut serta punggung
ketika akan sujud dan bangun
daripada sujud. Pergerakan otot
ini akan menjadikan ototnya
lebih kuat dan elastik,secara
semula jadi dan ia juga akan
memastikan kelancaran
perjalanan darah.
11.Bagi wanita, pergerakan otot itu
menjadikan buah dadanya lebih
baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar
daripada sakit buah dada.
12.Sujud juga mampu mengurangkan
kegemukan.
13.Pergerakan bahagian otot sewaktu
sujud juga boleh memudahkan
wanita bersalin.organ peranakan
mudah kembali ke tempat asal
serta terhindar daripada
sakit gelombang perut.
(Convulsions).
14.Organ terpenting iaitu otak
kita juga akan menerima banyak
bekalan darah dan oksigen.
15.Mengelakkan pendarahan otak jika
tiba-tiba menerima pengepaman
darah ke otak secara kuat dan
mengejut serta terhindar
penyakit salur darah dan
sebagainya. Dari segi psikologi
pula,sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan
Yang Maha pencipta sekali gus
mengikis sifat sombong,riak
takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula,
kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama
mengamalkan sujud dalam solat yang
banyak dan lama bagi satu-satu
sujud. Dan sujud lama dalam solat
terutamanya dalam solat sunat yang
bersendirian adalah digalakkan di dalam
Islam. Wallahu a’lam.

BUGINVILLA said...

terima kasih atas sumbangan sajak puitis. kita gagal lagi dalammengenali diri kita sendiri..tatkala kita sedar siapa diri kita, masa telah terlambat..