Wednesday, February 27, 2008


Bahasa mencerminkan bangsa. Jika ayat begini ada di sesuatu tempat, apakah yang terlintas di fikiran anda?

BARU 3 HARI BERMAIN DAH HANDAL. ANDA BAGAIMANA?

Monday, February 18, 2008

Pada 1hb Mac 2008, satu taklimat untuk semua penduduk TBR akan diadakan di hadapan blok A dan B, Apt Buginvilla. Taklimat yang bertajuk JMB dan kesannya terhadap penduduk akan diberikan oleh Pegawai dari Lembaga Perumahan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah Hulu Selangor dan pemaju.

Semua penduduk adalah diwajibkan hadir.
Majlis Aqiqah yang dicadangkan pada 24hb Februari 2008 ditangguhkan ke 15hb Mac 2008. Ini adalah kerana hari tersebut merupakan hari penamaan calon untuk pilihanraya 2008. Mohon kemaafan atas penangguhan ini.



Ini adalah satu daripada aktiviti riadah baru yang dianurkan oleh penduduk Buginvilla. Ianya merupakan permainan ping pong. Penduduk meluangkan masa bermain selepas waktu Isyak hingga ke jam 11.00 malam.

Wednesday, February 13, 2008

Keenakan menikmati mi kari Pak Mad Kenanga. Memang terasa. Silakan untuk menjamu selera..

Tuesday, February 12, 2008

Perjumpaan dengan Lembaga Perumahan Selangor di Shah Alam dengan wakil dari Apt Cempaka, Cikgu Ismail Md Nor, Teratai, Kenanga dan lain-lain apartmen membuka mata saya untuk memahami situasi mengenai keberkesanan perlaksanaan JMB.

Isu yang dibincangkan adalah
  1. jika kurang dari 70% kependudukan yang mendiami kediaman,
  2. kurang dari 10% dari penduduk yang tidak mempunyai bayaran penyelenggaraan tertunggak dan
  3. tarikh mesyuarat yang dicadangakan adalah pada waktu bekerja.
  4. kebanyakkan penduduk masih tidak faham dengan isu COB,JMB,JMC dll.

Perlu kita semua faham tentang JMB telah dikuatkuasa sebagai akta dan April 2008 adalah tarikh akhir pada MC supaya menghantar akaun yang telah diaudit kepada COB (MDHS). Pihak IM Global sebagai MC sedang menyediakan akauan ini (tidak kepada penduduk lagi).

Pada asasnya akaun ini adalah penting kerana ianya membolehkan penduduk bersuara dalam mesyuarat JMB nanti. Jika 99% tidak boleh bersuara (disebabkan tunggakan bayaran) bagaimana mesyuarat ini akan diadakan? Apakah rasionalnya JMB ditubuhkan jika kesan terhadap penduduk masih sama.

Saya mengharapkan pandangan anda untuk bersama dalam isu ini.

Monday, February 11, 2008

Maklum balas dari pihak IM Global Property Consultants mengenai dialog yang diadakan tempohari.






Suatu hari perjalanan pulang ke kampung sempena cuti tahun baru Cina. Singgah sebentar di Teluk Intan, menjamu selera mi rebus dan rojak Mastan Ghani sambil menikmati pemandangan Menara Condong Teluk Intan dan seterusnya pemandangan di Kampung Sungai Pergam, Bagan Datoh, Perak.

Tuesday, February 5, 2008




Semua penduduk adalah dijemput hadir untuk menjayakan majlis Aqiqah, bercukur jambul dan berendoi pada 24hb Februari 2008, Ahad jam 1

0.30 pagi. Marilah kita bersama untuk bergotong royong dan menjamu selera hidangan yang disediakan.

Monday, February 4, 2008

Anak Buginvilla tahun 2008. Generasi pemangkin masa hadapan. Generasi ini merupakan amanah yang wajib dijaga


dengan penuh sempurna. Keriangan mereka adalah kejayaan kita bersama.

kempen kebersihan






Kempen kebersihan yang telah dijalankan pada 3hb Februari 2008, Ahad telah berjaya menarik minat semua penduduk. Syukur kerana ini adalah sebahagian dari kempen jangka panjang mengenai perubahan sikap mengenai kebersihan. Sikap ini juga akan dicontohi oleh golongan anak-anak muda yang juga mengambil bahagian dalam kempen ini. Kempen yang akan diadakan pada setiap bulan, Ahad dan minggu yang pertama akan melibatkan segenap penduduk yang tinggal dalam kawasan Buginvilla.

Wednesday, January 30, 2008

Untuk makluman penduduk sekalian, aktiviti yang dijalankan oleh Surau As Salaam yang telah disusun sepanjang tahun. Aktiviti ini akan di kemaskini pada masa akan datang.Sila rujuk pada surat-surat yang telah dikeluarkan.http://docs.google.com/Doc?id=dfg8m5gr_1cg64v4ck&btr=EmailImport

Tuesday, January 29, 2008




KRT Buginvilla dapat merasakan kesedihan Encik Nashar, bapa kepada Adik Sharlinie yang telah diculik selama 20

hari. KRT Buginvilla telah mengedarkan poster-poster ke Bandar Bukit Sentosa dengan harapan pencarian Adik Sharlinie dapat diperluaskan hingga ke daerah Hulu Selangor. Walau bagaimanapun saya cuma berharap agar anak ini dipulangkan semula dalam keadaan baik kepada ibu bapanya semula.

Monday, January 28, 2008





Isu-isu yang dibincangkan dalam dialog disiarkan dalam media. Peranan media amat diperlukan dalam menghebahkan maklumat kepada orang ramai. Tindak balas akan menjadi lebih cepat dengan bantuan media. Saya percaya kempen yang dijalankan ini akan menuju kejayaan.

Saturday, January 26, 2008







Majlis Dialog Bersama Pemimpin pada 25hb januari 2008, Jumaat pada jam 3 petang yang telah dihadiri bersama oleh YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Encik Tukiman Nail, Ketua Balai Polis Sentosa, C Inspektor Babu, wakil dari UMNO bahagian Hulu Selangor, Haji Radzuan dan Encik Nazri, Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi daerah Kuala Kubu, Encik Basri, Encik Ghazali dan Encik Irwan serta wakil-wakil penduduk dari apartmen Cempaka, Kenanga, Teratai dan ramai lagi telah hadir pada majlis ini.


Antara isu yang dibincangkan dengan panjang lebar adalah;



  1. keselamatan

  2. halatuju pembangunan TBR

  3. strata title

Huaraian terperinci disampaikan oleh Encik Tukiman Nail (YDP MDHS) mengenai isu-isu yang berkait rapat dengan pembangunan, perancangan hinggalah kepada isu-isu yang berkaitan dengan jalan berlubang dan sampah. Manakal ketua balai polis Sentosa menjanjikan sebuah pondok Polis dengan 6 anggota tetap akan di tempatkan dalam kawasan TBR.


Pada keseluruhannya, penduduk berpeluang bertanya dan menyuarakan pendapat yang bernas dalam majlis dialog ini. Insya Allah kempen berkaitan Hak-Hak dan Tanggung Jawab Penduduk ini akan berjalan dengan lancar.

Thursday, January 24, 2008

Mesyuarat AJK pada 23hb Januari 2008 telah bersetuju untuk meneruskan aktiviti KRT dengan melakukan kempen kebersihan. Ini bertujuan untuk memupuk sikap penduduk terhadap kebersihan. Kempen ini akan diadakan pada hari Ahad, minggu pertama tiap-tiap bulan. Kehadiran adalah diwajibkan untuk semua penduduk.

Kempen ini akan bermula pada jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di padang badminton Buginvilla. Ianya diketuai oleh Encik Annuar Bujang. Saya akan mengeluarkan memo berkenaan dengan perkara ini secepat mungkin.

Friday, January 18, 2008



Majlis Dialog yang diadakan pada 25hb Januari 2008, Jumaat, jam 3.00 petang. Pada kali ini ADUN, Dato Zainal Abidin Hj Sarkom, Tuan YDP Encik Tukiman Nail, Pegawai Daerah, Ketua Polis Daerah, dan lain-lain dijemput untuk bersama membincangkan lanjutan isu-isu yang berbangkit daripada majlis dialog yang telah dijalankan tempohari.

Ini adalah merupakan kempen jangka panjang penduduk untuk mengetahui hak-hak dan tanggung jawab sebagai penduduk apartmen. Sehubungan dengan itu penduduk adalah dijemput bersama untuk mengutarakan persoalan mengenai hak milik strata, penyelenggaraan kepada pihak berkuasa tempatan.



Majlis menyambut awal Muharam akan diadakan pada 19hb Januari 2008, Sabtu selepas Maghrib. Jamuan bubur Assyura dan majlis tahlil akan mengisi agenda majlis sambutan ini. Saya menjemput semua penduduk untuk hadir bersama untuk memeriahkan majlis sambutan ini.
Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam blog ini. Maaf kerana lama tidak menjengah dan menulis. Ini adalah kerana saya sibuk dengan mesyuarat penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Buginvilla terutamanya penubuhan biro-biro yang berkaitan dan majlis Awal Muharam yang diadakan pada setiap tahun dan juga majlis Aqiqah yang juga diadakan dalam hari yang terdekat ini.
Okay, kita bersama-sama ke mesyuarat ajk penaja yang pertama kali di adakan.
  1. Biro keselamatan diketuai oleh Encik Zainal
  2. Biro kebajikan dan pendidikan, Pn Maziah
  3. Biro Wanita, Pn Aminah
  4. Biro Pemuda, Encik Zulhairi
  5. Biro Sukan, Encik Shahruddin
  6. Biro Sosial, Encik Anuar Bujang

Manakala wakil Buginvilla ke Majlis Penyelenggaraan Bersama (Pra MC) adalah

  1. Encik Hambali Mukhlas
  2. Encik Sabri Musa
  3. Tuan haji Mohamed Ramli Sallip
  4. Encik Rizal Ujang
  5. Encik Hawari
  6. Encik Nazrul Hamdan
  7. Encik Mazlan Tahir

Saturday, January 12, 2008

Mesyuarat AJK penaja akan diadakan pada 13hb januari 2008 jam 9 malam di Rumah Kelab. Agenda yang akan dibincangkan adalah

  1. perlantikan AJK untuk biro-biro keselamatan, kebajikan dan sosial, wanita, pemuda dan sukan.
  2. Majlis Dialog bersama dengan ADUN, MDHS, ADO pada 25hb Januari 2008, jam 3 petang.
  3. Bilik Operasi.
  4. Resolusi untuk pembayaran bil selenggara dan penguatkuasaan.
  5. Pemilihan wakil penduduk ke Pengurusan bersama pengurus harta.

Thursday, January 10, 2008



Tahniah diucapkan kepada En Hawari kerana mendapat seorang cahaya mata lelaki pada 8hb Januari 2008. Semoga beliau berbahagia dengan kehadiran cahaya mata ini dan saya berharap agar anak ini menjadi anak yang soleh.



Sempena tahun baru Hijrah 1429, saya telah diberi kepercayaan untuk mengendali tandas-tandas jenis automatik. Ini adalah satu-satunya tandas buatan Malaysia sepenuhnya automatik. Bermula dari anda memijak kaki anda ke dalam bilik dan seterusnya mengalami suasana yang menyenangkan semasa anda 'bekerja'. Jika melihat dari segi kos pembuatan tentunya anda keberatan untuk mencuba tetapi jangan terkejut, hanya 20 sen sahaja dikenakan untuk anda merasa suasana baru semasa 'bekerja'. Selamat Mencuba.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429. Semoga dengan kedatangan tahun ini akan memberi rahmat kepada semua penduduk Buginvilla. Keamanan dan kesejahteraan antara penduduk tanpa mengira apa jua keturunan adalah objektif utama saya dalam mengetuai barisan ajk Kawasan Rukun Tetangga. Insya Allah saya akan kemukakan cadangan aktiviti jangka panjang saya dan ajk lain dalam mengemudi bahtera Rukun Tetangga ini. Dengan bantuan dari penduduk yang lain saya harap ianya akan menjadi kenyataan. Amin.
Pada 5hb januari 2008, satu mesyuarat penubuhan jawatan kuasa sementara kawasan rukun tetangga Buginvilla telah diadakan pada jam 9.45 malam di rumah kelab Buginvilla dan dihadiri seramai 45 orang penduduk. Objektif penubuhan KRT telah disampaikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, En Basri. Pada majlis itu juga ajk seramai 25 orang telah dilantik dan dipengerusikan oleh saya sendiri. Syukur kerana majlis berjalan dengan baik dan disudahi dengan bacaan doa selamat oleh Imam, En Azmi Omar.




Thursday, January 3, 2008


Mesyuarat penubuhan jawatan kuasa sementara (pro tem) untuk rukun tetangga akan diadakan pada 5hb januari 2008, Sabtu jam 9.00 malam bertempat di dewan Buginvilla. Penduduk dikehendaki memilih jawatan kuasa (ajk) seramai 25 orang. Penerangan lanjut akan diberikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Kubu, En Basri.

Banyak manafaat yang akan diperolehi dari aktiviti yang akan diadakan bermula dengan Rukun Tetangga ini. Saya berharap agar semua penduduk dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini. Untuk keterangan lanjut penduduk bolehlah menghubungi skretariat penubuhan jawatan kuasa iaitu En Hawari 012-3419387 dan En Nazrul Hamdan 019-2991619.