Wednesday, August 6, 2008

Update.

Update tentang Hari Keluarga Buginvilla 2008


1.16hb Ogos 2008 sekali lagi Buginvilla akan mengadakan Hari Keluarga 2008. Pada kali ini banyak lagi acara akan diadakan sempena hari cuti sekolah penggal ke dua. Jadi jika anda ada kelapangan boleh terus mendaftar dengan urusetia majlis En Sabri Musa 0132192448.

2.Mesyuarat bulanan dengan IMGPC juga telah mendapat makluman tentang meter air individu telahpun di majukan ke SYABAS pada 17hb Julai 2008.

3.Pendaftaran KRT Buginvilla telahpun diluluskan. KRT Buginvilla akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh sebulan untuk memilih jawatan kuasa yang baru.